LONDON - Raja Charles III bakal ditabalkan di Westminster Abbey London pada petang Sabtu dalam upacara keagamaan yang digabungkan dengan adat tradisi berusia 1,000 tahun, tetapi disesuaikan bagi mencerminkan Britain abad ke-21.
Mahkota St Edward iaitu emas padu yang juga simbol suci kekuasaan raja digunakan sekali semasa pemerintahan akan diletakkan di atas kepala Charles pada jam 11 pagi (waktu tempatan) oleh Uskup Agung Canterbury, Justin Welby sambil laungan ‘Tuhan Selamatkan Raja’.
Tiupan trompet akan kedengaran di Westminster Abby dan tabik hormat senapang istiadat akan ditembak dari darat serta laut, sekali gus menandakan pertabalan pertama raja British sejak tahun 1953.
Selain itu, loceng akan dibunyikan di dalam gereja di seluruh negara sebelum tentera berjalan kaki dan berkuda mengadakan perarakan tentera yang dihadiri seramai 7,000 anggota di jalan-jalan di ibu negara.
Raja Charles dan isterinya, Camilla yang akan dinobatkan sebagai ratu akan kembali ke Istana Buckingham dengan menaiki kereta kuda bersalut emas, melewati orang ramai di jalan raya utama ibu negara.
Pertabalan pertama seorang raja sejak tahun 1937 hanya disiarkan di televisyen dalam rakaman berwarna dan distrim secara langsung dalam talian.
Charles 74, telah menjadi raja sejak kematian ibunya Ratu Elizabeth II pada September tahun lalu selepas tujuh dekad menjadi warisnya.
Istiadat kali ini akan menghimpunkan kira-kira 100 ketua negara, raja dan permaisuri dari seluruh dunia, selebriti, wira serta keluarga dan rakan pasangan berkenaan, dengan Duke of Sussex dijangka hadir.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat serta mengadakan lawatan khas ke London bagi menghadiri Istiadat Pertabalan itu.
Tetamu jemputan termasuk David dan Victoria Beckham; pemuzik Lionel Richie; Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Raja Willem-Alexander dan Ratu Maxima dari Belanda; Perdana Menteri Britain Rishi Sunak serta Wanita Pertama AS, Jill Biden. - Agensi
Klik di sini untuk terus membaca