SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggesa semua pihak supaya menghentikan polemik isu surat akuan bersumpah (SD). Beliau sebaliknya meminta kerajaan dan pembangkang supaya... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggesa semua pihak supaya menghentikan polemik isu surat akuan bersumpah (SD).

Beliau sebaliknya meminta kerajaan dan pembangkang supaya memberi tumpuan kepada permasalahan rakyat.

"Saya pasti rakyat tentunya tidak mahu melihat polemik politik yang berterusan. (Jadi, saya minta) semua pihak fokus kepada kebaikan tetapi kita selesaikan masalah yang ditanggung rakyat.

"Kita fokus kepada usaha untuk memperbaiki ekonomi rakyat, harga barang yang tidak terkawal dan sebagainya ini,” katanya kepada Sinar Ahad.

Menurut Ahmad Faizal, pembangkang ketika ini juga tidak mempunyai sebarang usaha untuk ‘menarik’ mana-mana ahli Parlimen untuk menyokong mereka.

Sebaliknya beliau menjelaskan, antara tumpuan ketika ini adalah untuk menjadi pembangkang yang baik supaya dapat melakukan semak dan imbang terhadap Kerajaan Perpaduan.

Sebelum itu, ketika ditemui pemberita pada Majlis Silaturahim Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Ahmad Faizal berkata, Perikatan Nasional (PN) tidak menandatangani sebarang akuan bersumpah (SD) untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

"PN tidak membuat SD, kita hanya ada 74 kerusi dan istiqamah. Kita sedar perlu menjalankan tanggungjawab sebagai pembangkang yang berwibawa dan ia akan diteruskan,” jelasnya.

Beliau berkata, fokus PN kini tertumpu kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang dijangka berlangsung pada Jun ini.

Klik di sini untuk terus membaca