SHAH ALAM - Majikan di negara ini perlu memberi kenaikan gaji kepada pekerjanya dengan nilai lebih besar dan bukannya bergantung peratusan gaji pokok sahaja. Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Majikan di negara ini perlu memberi kenaikan gaji kepada pekerjanya dengan nilai lebih besar dan bukannya bergantung peratusan gaji pokok sahaja.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, kenaikan sebanyak lima peratus daripada gaji pokok seperti yang biasa diamalkan majikan adalah kecil berbanding peningkatan kos sara hidup masa kini.

"MTUC memang mengharapkan kenaikan gaji yang lebih selari dengan peningkatan kos sara hidup.

"Ambil contoh, lima peratus daripada gaji RM1,500 hanyalah naik RM75. Jumlah itu sangat kecil kalau dibandingkan dengan jawatan eksekutif yang mempunyai gaji pokok lebih tinggi," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sementara itu, Kamarul Baharin berkata, pekerja tempatan di negara ini amat mengharapkan gaji mereka dinaikkan pada tahun ini setelah dua tahun tidak menikmati kenaikan gaji disebabkan majikan memberi alasan ekonomi syarikat baru pulih daripada pandemik Covid-19.

Bahkan, ujar beliau, kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini memberi kesan amat besar kepada pekerja apabila hutang mereka bertambah.

"Ada juga syarikat yang memotong gaji pekerja semasa pandemik dan sehingga kini masih belum menaikkan semula gaji tersebut.

"Untuk mengimbangi peningkatan kos sara hidup dengan kehidupan, sebahagian besar pekerja terpaksa melakukan dua kerja dalam satu masa bagi menambah pendapatan. Kebanyakan mereka menjadikan perkhidmatan e-hailing sebagai kerja kedua mereka," ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca