KANO - Siapa tidak kenal individu kulit hitam paling kaya di dunia, Aliko Dangote yang kini dianggarkan memiliki kekayaan melebihi RM80 bilion dengan menguruskan industri konglomerat di Afrika Barat. Menurut Bloomberg Billionaires Index,... Klik di sini untuk terus membaca

KANO - Siapa tidak kenal individu kulit hitam paling kaya di dunia, Aliko Dangote yang kini dianggarkan memiliki kekayaan melebihi RM80 bilion dengan menguruskan industri konglomerat di Afrika Barat.

Menurut Bloomberg Billionaires Index, nilai bersih Dangote dianggarkan berjumlah AS$19.9 bilion (RM87.5 bilion) setakat April 2023, yang sekali gus menjadikannya orang terkaya di Afrika dan ke-83 di dunia.

KEHIDUPAN AWAL

Dangote dilahirkan di Kano dalam keluarga yang mengamalkan ajaran Islam dan juga asalnya mereka sebenarnya adalah berketurunan kaya-raya. Ibunya, Mariya Sanusi Dantata adalah anak kepada ahli perniagaan Sanusi Dantata.

Ayahnya, Mohammed Dangote juga merupakan rakan perniagaan Sanusi Dantata manakala neneknya adalah cicit kepada Al-Hassan Dantata iaitu orang Afrika Barat paling kaya pada tahun 1955.

Semasa awal persekolahan, Dangote mendapat pendidikan di Madrasah Sheikh Ali Kumasi dan kemudian di Sekolah Menengah Capital, Kano.

Selepas itu pada tahun 1978, beliau lulus dari Kolej Kerajaan Birnin Kudu dan menerima ijazah sarjana muda dalam pengajian perniagaan dan pentadbiran dari Universiti Al-Azhar, Kaherah.

KERJAYA PERNIAGAAN

Pada awalnya, Dangote Group (DG) ditubuhkan sebagai sebuah syarikat perdagangan kecil pada tahun 1977 dan pada tahun sama beliau berpindah ke Lagos untuk mengembangkan syarikatnya.

Untuk permulaan itu, Dangote menerima pinjaman N$500,000 (RM4,775) daripada bapa saudaranya untuk memulakan perniagaan komoditi termasuk simen serta barangan pertanian seperti beras dan gula.

Kemudian, pada tahun 1990-an, Dangote 'berbaik-baik' dengan Bank Negara Nigeria dengan mengetengahkan idea untuk membenarkan syarikatnya menguruskan bas yang digunakan untuk membawa kakitangannya.

Malah, hari ini DG menjadi salah satu konglomerat terbesar di Afrika serta di luar negara seperti Benin, Ghana, Zambia dan Togo.

Yayasan Dangote ditubuhkan untuk membasmi kemiskinan melalui pemerkasaan ekonomi wanita di Afrika. - Agensi
Yayasan Dangote ditubuhkan untuk membasmi kemiskinan melalui pemerkasaan ekonomi wanita di Afrika. - Agensi

DG juga telah beralih menjadi syarikat perdagangan dengan menjadi kumpulan perindustrian terbesar di Nigeria yang merangkumi bahagian seperti Kilang Penapisan Gula Dangote, Simen Dangote dan Tepung Dangote.

Selain itu, DG juga memiliki kilang garam dan tepung selain merupakan pengimport utama beras, ikan, pasta, simen dan baja.

Syarikat itu juga mengeksport kapas, kacang gajus, koko, biji bijan dan halia ke beberapa negara di dunia.

Mereka juga membuat pelaburan besar dalam hartanah, perbankan, pengangkutan, tekstil, minyak dan gas.

Syarikat itu menggaji lebih daripada 11,000 orang di Afrika Barat.

KEKAYAAN

Dangote menjadi jutawan pertama Nigeria pada tahun 2007 dan beliau dilaporkan menambah AS$9.2 bilion (RM40.4 bilion) kepada kekayaan peribadinya pada 2013, menurut Bloomberg Billionaires Index, menjadikannya orang ketiga puluh terkaya di dunia pada masa itu.

Pada tahun 2015, bank HSBC mendedahkan bahawa Dangote ialah pelanggan HSBC terbesar dan bahawa dia mempunyai aset British Virgin Islands.

Sehingga Jun 2022, Dangote ialah orang terkaya di Afrika, dengan anggaran nilai bersih AS$20 bilion (RM87.5 bilion).

Dangote juga pernah berkawan baik dengan Bill Gates atas urusan perniagaan. - Agensi
Dangote juga pernah berkawan baik dengan Bill Gates atas urusan perniagaan. - Agensi

AKTIVITI POLITIK

Dangote memainkan peranan penting dalam pembiayaan bidaan pemilihan semula Presiden Olusegun Obasanjo pada tahun 2003, yang mana beliau memberikan dana lebih N$200 juta (RM880 juta).

Beliau menyumbang N$50 juta (RM2.2 juta) kepada Masjid Negara di bawah naungan 'Friends of Obasanjo and Atiku' selain turut bermurah hati apabila menyumbang N200 juta kepada Perpustakaan Presiden.

Pada 2011, Dangote telah dilantik oleh Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan untuk berkhidmat sebagai ahli pasukan pengurusan ekonominya.

Pada 2017, khabar angin tersebar bahawa Dangote sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Presiden Nigeria pada pilihan raya 2019 namun beliau enggan bertanding dan menegaskan bahawa dia tidak berhasrat untuk bertanding jawatan yang dipilih itu dan memilih untuk melakukan kerja amal. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca