MENYINGKAP sejarah perjuangan Pas, siapa sangka parti remeh yang dilabel parti 'Pak Lebai' suatu ketika dahulu, kini menjadi aktor penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan. Merupakan serpihan parti UMNO yang... Klik di sini untuk terus membaca

MENYINGKAP sejarah perjuangan Pas, siapa sangka parti remeh yang dilabel parti 'Pak Lebai' suatu ketika dahulu, kini menjadi aktor penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.

Merupakan serpihan parti UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1951, Pas mula mengorak langkah dalam landskap politik negara apabila memenangi satu-satunya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerian Darat, Perak daripada keseluruhan 52 kerusi Pilihan Raya Umum (PRU) Persekutuan Tanah Melayu yang diadakan pada 27 Julai 1955.

Sejak itu, Pas tidak lagi menoleh ke belakang dan terus memperoleh sokongan pengundi Melayu haluan kanan apabila memenangi tiga kerusi Parlimen di Kelantan pada PRU 1959.

Tidak terhenti setakat itu, peranan Pas dalam menentukan pembentukan kerajaan semakin terserlah apabila parti berkenaan menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1973 atas jemputan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Setelah keluar BN pada tahun 1976, Pas menjadi parti pembangkang yang lebih kukuh dengan agenda perjuangan memartabatkan politik Islam dan Melayu dilaksanakan lebih agresif.

Hasilnya, pada PRU 1990, Pas berjaya memperoleh kemenangan besar di Kelantan dan Terengganu, mengambil alih kerajaan negeri dari BN buat pertama kali.

Kejayaan Pas itu turut didorong oleh pendekatan politik yang bijaksana dan strategik.

Buktinya Pas berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam politik negara apabila strategi politik bergabung dengan parti pembangkang membentuk Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR) pada tahun 1999 dan 2008 masih dianggap sebagai 'gamechanger' bagi membentuk blok pembangkang kuat dalam sejarah politik negara.

Pada PRU14, Pas terus mencipta kejutan apabila memenangi 18 kerusi Parlimen walaupun menjadi blok ketiga selepas PH dan BN.

Peranan Pas dalam menentukan jatuh bangun kerajaan menjadi semakin penting apabila kerjasama politik julung kali dengan UMNO selepas 46 tahun menerusi Muafakat Nasional (MN) selain penyertaan parti itu dalam Kongres Maruah Melayu disokong bekas Perdana Menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap antara faktor penting kejatuhan kerajaan PH.

Pasca PRU15 menyaksikan Pas mengambil alih posisi UMNO menjadi parti Melayu paling dominan dengan memenangi 49 kerusi Parlimen setelah disokong oleh Bersatu menerusi koalisi Perikatan Nasional (PN).

GELOMBANG HIJAU

Dengan pengaruh 'Gelombang Hijau' dijangka terus kekal mendepani Pilihan Raya DUN di enam negeri kelak, gerak-geri Pas sekali lagi menjadi tumpuan rakyat apabila didakwa terlibat dalam gerakan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi inisiatif Proklamasi Orang Melayu.

Pengarah Pengajian Asia, Universiti Tasmania, Profesor Dr James Chin mengakui Pas kini dianggap parti Melayu paling penting di Malaysia susulan ia parti paling berpengaruh untuk menarik sokongan pengundi Melayu Islam baharu terutama golongan muda disebabkan mewakili suara blok pertengahan kaum itu yang sebelum ini dikuasai UMNO.

Dari kiri: Ei Sun, Azmi dan James
Dari kiri: Ei Sun, Azmi dan James
Dari kiri: Ei Sun, Azmi dan James

"Senario politik negara kini amat berbeza pasca PRU15 di mana dinamik politik dalaman PN sendiri menunjukkan kedudukan Pas di mata pengundi Melayu semakin mengukuh dan sudah mengatasi pengaruh Bersatu selaku parti tunjang koalisi berkenaan.

"Sebab itu sekiranya Pas terlibat dengan sebarang gerakan politik baharu, gerakan itu dianggap berbahaya kerana Pas dianggap memiliki 'kekuatan' untuk menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan," tegasnya.

Jika PN memenuhi jangkaan umum untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan sebelum PRU16 berlangsung, James menganggap kerajaan baharu bakal terbentuk itu akan dipengaruhi sepenuhnya oleh Pas.

Hal ini berbeza dengan situasi Kerajaan PN dan Keluarga Malaysia sewaktu dipimpin dua bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di mana Pas sekadar bertindak menyokong mereka.

"Bagaimanapun Pas tidak boleh menampilkan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri dan akan memberi laluan kepada Bersatu menerajuinya.

"Ini kerana tidak ramai melihat Abdul Hadi sebagai seorang tokoh politik arus perdana yang sesuai mendukung kepimpinan negara," tegas James.

Satu lagi perkembangan mutakhir berlaku pasca PRU15 ditekankan James adalah kepercayaan bahawa golongan Melayu elit bandar dianggap sukar menerima ideologi Pas dan kekal menyokong PH atau BN sudah kian meleset.

"Trend perubahan signifikan ini berlaku disebabkan pengundi Melayu kelas pertengahan mahu pun elit menyedari UMNO sudah tidak boleh melakukan reformasi untuk kembali menjadi parti pilihan orang Melayu.

"Mereka sedar isu korupsi menyelubungi UMNO semakin sukar ditepis, ditambah kegagalan UMNO mengenepikan kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pengaruh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada terus menguasai parti berkenaan.

"Kelompok Melayu intelektual ini memahami atas faktor itu, hanya Pas dilihat sebagai paling alternatif kaum Melayu paling ideal yang tidak dibebani isu moral dan rasuah," jelasnya.

PENYOKONG SETIA

Bagi Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan, kunci utama pengukuhan Pas sebagai parti pilihan utama kaum Melayu disebabkan sikap kesetiaan penyokong tegar parti itu yang sentiasa menerima hujah dan dalil pendekatan politik diambil Pas, termasuklah kerjasama dengan sekutu politik tertentu.

"Pas sentiasa mencongak kerjasama dengan rakan sekutu politik mana, mereka akan menerima manfaat politik terbesar. Sebab itu penglibatan Pas dalam gerakan Proklamasi Orang Melayu dibawa Dr Mahathir bukan satu perkara menghairankan.

Dari parti Pak Lebai, Pas kini mengorak langkah besar sehingga mengambil alih kedudukan UMNO selaku parti pilihan utama pengundi Melayu pada PRU15.

"Pas tiada tekanan untuk membuat keputusan taktikal politik radikal disebabkan penyokongnya 100 peratus berada di belakang parti berkenaan.

"Keadaan ini tidak berlaku di UMNO apabila kerjasama BN-PH menerusi Kerajaan Perpaduan sukar diterima bulat-bulat penyokong parti berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun menegaskan kedudukan Pas selaku parti memiliki bilangan ahli Parlimen terbanyak menjadikannya sebagai parti pembangkang paling berpengaruh di mata rakyat.

"Dr Mahathir juga menyedari untuk memastikan gerakan politik diusahakannya 'relevan' di mata rakyat, beliau perlu mendapat sokongan Pas yang terbukti menerima sokongan pengundi Melayu pada PRU15.

"Ditambah dengan berlaku penambahan pengundi Melayu yang lebih cenderung memilih pendekatan politik Islam sejak kebelakangan ini, cengkaman Pas sebagai parti pilihan utama kaum Melayu dijangka semakin mengukuh pada PRN enam negeri kelak," tegasnya.

Klik di sini untuk terus membaca