AWANG yang bukan pakar komunikasi ini pun sedar bahawa bahagian komunikasi Tuk Seri PM memang kelam-kabut.
Nampaknya PM sedang hadapi krisis besar dalam soal itu.
Terbaru, Datuk Wan Nurzila Wan Abdul Rahman yang merupakan Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah ditamatkan perkhidmatannya.
Dari awal lagi Awang tak fikir pun beliau selayaknya duduk di situ.
Komunikasi berkesan perlukan orang yang betul-betul mahir dan dihormati.
Dalam keadaan sekarang nampak macam tak ada siapa yang betul-betul in control, kata orang putih.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil pun ada masanya nampak gelabah. Sedangkan beliau dilantik jurucakap kabinet.
Ramai orang bertanya apa pula peranan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang diketuai oleh Tuk Prof Mohammad Agus Yusoff.
Pada pendapat Awang, banyaklah isu pokok yang tidak disampaikan secara berkesan pada rakyat.
Jikalau PMO, Kementerian Komunikasi dan J-Kom pun tak sehaluan, macam mana nak hantar mesej betul pada rakyat?
Hari ini, rakyat tak bergantung sepenuhnya pada saluran rasmi dan juga media arus perdana.
Jadi jikalau saluran rasmi pun kelam-kabut, terpaksalah rakyat guna sumber lain walaupun tak tentu sah.
Klik di sini untuk terus membaca