AWANG boleh faham mengapa Tun Dr Mahathir nak saman Tuk Seri PM ke-10. Beliau berhak membuktikan bahawa tuduhan PM ke atasnya tidak ada asas. Nak buktikan Tun M ada duit berbilion sana dan berbilion sini, bukan mudah. Begitu juga nak... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG boleh faham mengapa Tun Dr Mahathir nak saman Tuk Seri PM ke-10.

Beliau berhak membuktikan bahawa tuduhan PM ke atasnya tidak ada asas.

Nak buktikan Tun M ada duit berbilion sana dan berbilion sini, bukan mudah.

Begitu juga nak buktikan bahawa Tun M dan keluarganya 'sapu' duit akan ambil masa di mahkamah.

Memang Awang sokong sebarang pendedahan tentang salah laku sesiapa pun.

Mana-mana pemimpin yang kayakan kroni dan anak-beranak semasa berkuasa patut sangat diambil tindakan.

Sampai ke lubang cacing pun tindakan patut dikenakan ke atas mereka.

Cuma Awang harap semuanya ada bukti yang sah. Kita juga tak mahu PM dikatakan hanya bercakap rapi tak cukup bukti.

Kita pun tak mahu PM sasarkan ahli perniagaan Melayu.

Ramai juga ahli perniagaan bukan Melayu yang dapat manfaat daripada hubungan mereka dengan pemimpin Melayu untuk jadi kaya raya.

Tun M juga suruh PM isytihar harta termasuk sewaktu beliau Timbalan Perdana Menteri (TPM) pada tahun 1990-an.

Tun M mahu tahu betul atau tidak masa itu Anwar tak salah guna kuasa.

Awang juga harapkan reaksi balas yang jelas daripada PM kita.

Awang yakin PM tak takut. Hanya orang yang duduk di rumah kaca yang berjaga-jaga jikalau nak baling batu pada orang.

Klik di sini untuk terus membaca