PARTI-PARTI dalam Kerajaan Perpaduan wajar mempertimbangkan untuk menggunakan logo Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti di tiga negeri pimpinan Pas iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ini kerana formula yang diguna... Klik di sini untuk terus membaca

PARTI-PARTI dalam Kerajaan Perpaduan wajar mempertimbangkan untuk menggunakan logo Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti di tiga negeri pimpinan Pas iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Ini kerana formula yang diguna pakai oleh Perikatan Nasional (PN) sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan koalisi politik gabungan Pas dan parti Bersatu, menggunakan logo bulan di Kelantan dan Terengganu serta lambang PN di Kedah telah memberi manfaat sehingga tercetusnya gelombang hijau.

Bahkan keputusan PRU15 lalu telah menyaksikan PH merekodkan kekalahan teruk sehingga hilang wang pertaruhan di semua lapan kerusi Parlimen di Terengganu.

Begitu juga di Kelantan yang merupakan kubu kuat Pas, kesemua 14 calon PH tewas di mana 12 daripada mereka hilang wang deposit iaitu di Tumpat, Pengkalan Chepa, Pasir Mas, Bachok, Rantau Panjang, Ketereh, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.

Biarpun BN tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen di Kelantan dan Terengganu namun telah memberi saingan yang hebat selain parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu diterima umum terutamanya segmen pengundi Melayu berbanding PH serta pernah mentadbir dua negeri itu sebelum ini.

Pun begitu, melihat kepada naratif politik hari ini, Penganalisis Politik daripada Universiti Malaysia (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub menegaskan, biarpun lambang BN agak popular dalam kalangan penduduk dan pengundi di Kelantan, Terengganu dan Kedah, namun, ia tetap tidak memberi jaminan 100 peratus bahawa mereka boleh menang banyak kerusi DUN di ketiga-tiga negeri terbabit.

Mohd Azizuddin dan Mohammad Tawfik
Mohd Azizuddin dan Mohammad Tawfik
Mohd Azizuddin dan Mohammad Tawfik
Mohd Azizuddin dan Mohammad Tawfik
Mohd Azizuddin dan Mohammad Tawfik

Beliau berkata, penyokong atau ahli BN dan PH yang kurang bersetuju dengan 'pernikahan' dua musuh ketat politik kedua-dua parti terbabit sudah pasti akan mengundi calon parti lawan atau tidak akan keluar mengundi sebagai tanda protes pada PRN nanti.

"Saya berpandangan kerjasama politik yang tidak direstui oleh ahli parti seperti PH-BN ini akan memberikan kesan buruk kepada kedua-dua parti sama ada mereka menggunakan logo BN atau PH dalam PRN terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

"Justeru itu, saya meramalkan akan wujud satu lagi gelombang baharu dalam kalangan penyokong tegar BN dan PH iaitu gelombang bantahan senyap yang tidak bersetuju dengan penggabungan kedua-dua parti berkenaan dari awal,” katanya kepada Sinar Premium.

Cadangan munasabah

Untuk rekod, BN mencatatkan prestasi terburuk dalam pilihan raya apabila mereka hanya menang 30 kerusi dalam PRU15 lalu selepas kalah semua 14 kerusi Parlimen ditandingi di Kelantan, lapan di Terengganu dan 14 kerusi di Kedah.

Prestasi buruk BN sejak merdeka itu juga merekodkan kekalahan sehingga hilang wang deposit melibatkan 24 calonnya.

Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur terus menjadi mimpi ngeri buat BN di mana tiga negeri itu merekodkan calon daripada BN yang kehilangan deposit paling tinggi.

Mohammad Tawfik menambah, semua pihak tidak boleh menyamakan strategi digunakan pakai Pas dan Bersatu sehingga mencetuskan gelombang hijau.

Bahkan Mohammad Tawfik berkata, jika tersilap percaturan, PH-BN bakal kalah teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah sertai akan kehilangan banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pada PRN nanti.

Sementara itu, Penganalisis Politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, cadangan penggunaan logo PH di tiga negeri iaitu di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor adalah munasabah kerana parti itu lebih dominan dalam kalangan pengundi dan di DUN berbanding BN.

Malah, selepas PRU15, PH berjaya mempertahankan 16 kerusi Parlimen termasuk dua kerusi disandang bekas pemimpin PKR iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Gombak dan Datuk Zuraida Kamaruddin di Ampang.

BN pula kalah teruk semua kerusi ditandingi mereka di Selangor dan Pulau Pinang termasuk di kubu kuatnya seperti di Kepala Batas dan Tanjung Karang biarpun mereka menunjukkan peningkatan di Negeri Sembilan.

"Saya rasa kalau BN dan PH mahu menggunakan hanya satu lambang iaitu PH di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor tiada masalah kerana sebelum ini PH pernah menggunakan satu logo tunggal iaitu PKR semasa PRU14 lalu.

"Saya rasa itu tiada masalah kerana ia adalah satu kompromi dalam kalangan parti membentuk Kerajaan Perpaduan sama ada mereka mahu menggunakan satu logo misalnya PH atau BN di negeri tertentu asalkan boleh membawa kemenangan,” kata beliau.

Mohd Azizuddin juga menolak andaian bahawa penggunaan logo tunggal sama ada PH atau BN akan menyebabkan penyokong setia mereka memboikot kedua-dua parti berkenaan pada PRN nanti.

Klik di sini untuk terus membaca