SHAH ALAM - Penjual kereta terpakai kini didapati menggunakan taktik baharu untuk menjual kereta menerusi skim sambung bayar kepada orang ramai. Menerusi penyamaran yang dilakukan oleh wartawan Sinar Ahad mendapati, salah seorang penjual... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Penjual kereta terpakai kini didapati menggunakan taktik baharu untuk menjual kereta menerusi skim sambung bayar kepada orang ramai.

Menerusi penyamaran yang dilakukan oleh wartawan Sinar Ahad mendapati, salah seorang penjual terbabit telah memperkenal skim sewa beli kenderaan kepada orang ramai.

Tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan, individu yang ingin memiliki kenderaan tersebut perlu membayar deposit serendah RM35,000.

Skim tersebut menjadi pilihan para pembeli yang sukar untuk mendapatkan pinjaman bank kerana tidak layak akibat disenarai hitam atau muflis.

Menerusi skim itu, kenderaan yang ditawarkan kepada pembeli selepas pemilik asalnya tidak mampu membuat pembayaran bulanan kepada bank.

Menurut jurujual berkenaan, bayaran deposit bergantung kepada jenis kereta yang mahu dimiliki dan kenderaan tersebut boleh dibawa pulang dalam tempoh kurang dari satu jam.

"Deposit kereta bergantung kepada tahun kenderaan dikeluarkan dan spesifikasinya. Jika tahun keluaran masih baharu dengan spesifikasi tinggi, deposit pembelian juga tinggi.

"Proses pembelian kereta hanya memerlukan masa kurang daripada satu jam.

Bagaimanapun, penjual berkenaan mendakwa mereka turut menyediakan perjanjian ‘hitam putih’ sebagai jaminan kepada pembeli disebabkan kereta berkenaan masih atas nama pemilik asal.

Platform jual kereta terpakai menggunakan kaedah sambung bayar juga rancak di laman sosial.
Platform jual kereta terpakai menggunakan kaedah sambung bayar juga rancak di laman sosial.
Platform jual kereta terpakai menggunakan kaedah sambung bayar juga rancak di laman sosial.

Namun, sejauh mana perjanjian berkenaan benar-benar memberi jaminan kepada pembeli tidak dapat dipastikan.

Penjual terbabit turut menekankan kepada wartawan Sinar Ahad bahawa ia sama seperti menyewa kereta dan kenderaan tersebut akan menjadi milik kekal sebaik sahaja keseluruhan pinjaman sudah dilunaskan.

"Konsep sambung bayaran kereta bersifat lebih terbuka kerana jika pembeli tidak lagi mampu untuk membayar bayaran bulanan yang telah ditetapkan oleh pihak bank, mereka boleh memulangkan semula kenderaan itu kepada kami.

"Bukan itu sahaja, kami juga akan menyerahkan beberapa peratus wang deposit kepada pembeli bergantung kepada jumlah tahun yang digunakan dan keadaan kereta,” ujarnya.

Jelas dia lagi, antara kereta yang paling popular ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda seperti Toyota Vellfire, Alphard, Nissan Navara, Ford Ranger serta Isuzu Dmax.

Bagaimanapun, kenderaan yang bernilai rendah seperti Perodua Myvi, Axia kurang mendapat sambutan daripada pembeli untuk sambung bayar.

Dalam pada itu, Sinar Ahad mendapati, skim pemilikan kenderaan menerusi kaedah tersebut juga boleh didapati dengan mudah menerusi carian di laman TikTok dan juga Facebook.

INFOGRAFIK

Proses jual beli kereta sambung bayar

1. Pemilik kereta yang tidak mampu membuat bayaran ansuran kepada bank menyerahkan kepada kedai kenderaan terpakai untuk dijual.

2. Penjual membayar sejumlah wang dibayar kepada pemilik asal menyambung bayaran bulanan pinjaman kepada bank sementara menunggu pembeli baharu.

3. Pembeli baharu datang ke kedai dan melihat jenis kereta yang diinginkan.

4. Proses jual beli kereta sambung bayar tidak memerlukan dokumen sokongan dan hanya memerlukan bayaran wang deposit.

5. Jumlah wang deposit itu bergantung kepada jenis, tahun dan spesifikasi kenderaan.

6. Pembeli yang berminat boleh menandatangani surat perjanjian ‘hitam putih’ di antara pemilik baharu dan lama.

7. Pemilik baharu hendaklah membuat pembayaran bulanan kepada bank mengikut pinjaman pemilik terdahulu.

8. Setelah tamat proses sambung bayar, pemilik baharu boleh menukar nama hak milik kenderaan.

Klik di sini untuk terus membaca