MOHAMAD Ayub Mat Ashri dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing pada Pilihan Raya Umum 2022 lalu. Walaupun pertama kali bergelar wakil rakyat, Penolong Setiausaha Dewan Pemuda Pas Kawasan Paya Besar itu komited untuk... Klik di sini untuk terus membaca

MOHAMAD Ayub Mat Ashri dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing pada Pilihan Raya Umum 2022 lalu.

Walaupun pertama kali bergelar wakil rakyat, Penolong Setiausaha Dewan Pemuda Pas Kawasan Paya Besar itu komited untuk memastikan keperluan rakyat di kawasan itu dapat dipenuhi sepenuhnya.

Calon Perikatan Nasional (PN) itu berjaya menawan DUN Sungai Lembing yang sebelum ini merupakan kubu kuat UMNO dengan majoriti undi sebanyak 1,054.

Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, NORAWAZNI YUSOF bersama Mohamad Ayub yang berkongsi pandangan beliau tentang cabaran yang dihadapinya sebagai wakil rakyat di Pusat Khidmat DUN Sungai Lembing, baru-baru ini.

SINAR HARIAN: Apakah cabaran atau ujian yang dihadapi YB selama 150 hari sebagai ADUN Sungai Lembing?

MOHAMAD AYUB: Cabaran pertama yang saya hadapi ialah sumber kewangan yang terhad. Sejak menjadi ADUN, saya tidak menerima peruntukan daripada kerajaan negeri atau Pusat. Sudah tentu sebagai wakil rakyat, kami menjadi tumpuan masyarakat untuk meminta pertolongan, bantuan dan sokongan lain.

Kita semua maklum kewangan adalah menjadi faktor utama yang dapat membantu mereka, tetapi dengan sumber dana terhad, kami tidak dapat membantu semua orang. Alhamdulillah pada Ramadan lalu, kerajaan negeri telah memberi sumbangan RM5,000 kepada ADUN pembangkang bagi mengimarahkan aktiviti sepanjang bulan itu.

Cabaran kedua pula, sebagai ADUN pembangkang, kami dihalang bertemu dan berurusan secara terus dengan agensi kerajaan negeri dengan alasan mereka menerima arahan daripada pihak tertentu untuk tidak berurusan secara langsung dengan kami.

Apabila mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat, bukan mudah untuk kami berurusan secara terus dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Mohamad Ayub
Mohamad Ayub
Mohamad Ayub
Mohamad Ayub
Mohamad Ayub
Mohamad Ayub
Mohamad Ayub
Mohamad Ayub
Mohamad Ayub
Mohamad Ayub
Mohamad Ayub
Mohamad Ayub
Mohamad Ayub
Mohamad Ayub
Mohamad Ayub
Mohamad Ayub
Mohamad Ayub
Mohamad Ayub

DUN Sungai Lembing sebelum ini kubu kuat BN, bagaimana YB menyesuaikan diri dan mendekati pengundi-pengundi terutama pengundi BN?

Program kebajikan telah menjadi semacam identiti bagi DUN Sungai Lembing. Sebagai parti politik khususnya Pas, kami telah lama menjalankan program kebajikan tanpa mengira afiliasi politik pengundi.

Apabila kami mengetahui ada rakyat yang memerlukan bantuan, kami akan terus memberikan bantuan walaupun mereka bukan penyokong parti kami tanpa peduli apa warna bendera parti mereka.

Mohamad Ayub turut menyalurkan sumbangan baju raya kepada golongan B40 di kawasan DUN Sungai Lembing.

Sebagai ADUN pembangkang, dalam mendepani pelbagai isu yang berlaku di peringkat negeri, apakah isu yang menjadi keutamaan dan lebih mendapat perhatian YB?

Apabila saya dipilih sebagai ADUN, saya memulakan inisiatif dengan mewujudkan platform ‘e-Aduan’ bagi membolehkan rakyat membuat aduan melalui online tanpa perlu ke Pusat Khidmat DUN. Setiap aduan diterima, kami akan kumpulkan. Aduan itu akan diperiksa setiap minggu untuk tindakan selanjutnya. Saya akan membawa tiga isu yang membelenggu rakyat di DUN Sungai Lembing ke sidang DUN Pahang.

Isu utama adalah masalah air di Pekan Sungai Lembing, Kampung Kolek dan Kampung Kawah yang menghadapi tekanan air rendah dan paip pecah yang memerlukan penggantian segera oleh pihak kerajaan. Isu kedua adalah jalan raya di kawasan Felda yang sempit dan berlubang menyebabkan kemalangan dan kematian. Isu ini perlu ditangani oleh kerajaan negeri dengan segera.

Isu ketiga adalah pembinaan rumah untuk generasi kedua di Felda Bukit Sagu yang tergendala sejak tiga penggal. Walaupun masalah ini telah dijanjikan kerajaan semasa berkempen pilihan raya lalu, namun sehingga kini belum diambil tindakan untuk diselesaikan.

Saya akan pastikan isu ini diambil berat secara serius oleh kerajaan negeri dengan melibatkan ADUN PN yang lain agar rakyat Felda Bukit Sagu dapat memiliki rumah mereka sendiri dan tidak perlu bergantung pada keluarga mereka.

Mohamad Ayub meninjau permasalahan yang berlaku di kawasannya.
Mohamad Ayub meninjau permasalahan yang berlaku di kawasannya.
Mohamad Ayub meninjau permasalahan yang berlaku di kawasannya.
Mohamad Ayub meninjau permasalahan yang berlaku di kawasannya.
Mohamad Ayub meninjau permasalahan yang berlaku di kawasannya.
Mohamad Ayub meninjau permasalahan yang berlaku di kawasannya.
Mohamad Ayub meninjau permasalahan yang berlaku di kawasannya.
Mohamad Ayub meninjau permasalahan yang berlaku di kawasannya.
Mohamad Ayub meninjau permasalahan yang berlaku di kawasannya.
Mohamad Ayub meninjau permasalahan yang berlaku di kawasannya.

Difahamkan ahli Parlimen dan ADUN daripada pembangkang telah dinafikan peruntukan. Bagaimanakah pendekatan diambil YB bagi memastikan rakyat memerlukan dapat dibantu?

Dalam Pas, semua ahli tahu bahawa kekuatan Pas terletak pada sikap pemurah ahli parti yang suka bersedekah dan beri sumbangan kepada parti tanpa mengira banyak mana harta yang dimiliki, mereka akan infak demi kepentingan parti.

Sebagai ADUN Sungai Lembing, saya mengambil inisiatif untuk mengumpulkan sumbangan tetap untuk Pusat Khidmat DUN Sungai Lembing. Saya turut korbankan gaji saya untuk salah satu sumber dana menjalankan aktiviti di pusat khidmat Sungai Lembing.

Saya bersyukur kerana dikelilingi oleh orang-orang yang pemurah yang sentiasa memberikan sumbangan ketika diperlukan seperti dalam program bantuan kembali ke sekolah dan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Mohamad Ayub (kiri) menyalurkan sumbangan kepada masyarakat di DUN Sungai Lembing tanpa mengira parti.
Mohamad Ayub (kiri) menyalurkan sumbangan kepada masyarakat di DUN Sungai Lembing tanpa mengira parti.
Mohamad Ayub (kiri) menyalurkan sumbangan kepada masyarakat di DUN Sungai Lembing tanpa mengira parti.
Mohamad Ayub (kiri) menyalurkan sumbangan kepada masyarakat di DUN Sungai Lembing tanpa mengira parti.

Apa pandangan YB mengenai peluang PN untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri terutama apabila Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin PN lain yang didakwa di mahkamah?

Saya melihat parti komponen PN mempunyai peluang cerah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri nanti. Malah kami jangkakan Pas turut mampu kekalkan tiga negeri yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Walaupun Pakatan Harapan (PH) cuba menimbulkan isu atau suasana negatif terhadap PN khususnya dengan mengambil tindakan terhadap pimpinan utama PN, isu ini sebaliknya mengundang banyak kontroversi kerana ramai mendakwa wujud pendakwaan terancang dan terpilih apabila tuduhan dilakukan terlebih dahulu sebelum siasatan dibuat. Tindakan ini sebenarnya tidak memberi kesan kepada PN.

Bagi YB, apa tindakan perlu diambil kerajaan untuk bantu rakyat hadapi kenaikan kos sara hidup, selain Program Rahmah yang sedang dilaksanakan?

Kerajaan seharusnya mengawal harga barang dengan mengambil langkah drastik dengan melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya meneruskan subsidi secara bersasar terhadap barangan keperluan asas yang sentiasa berubah dari segi harga.

Program Rahmah tidak menyeluruh sebab bukan bersasar. Kalau saya ambil contoh di DUN Sungai Lembing ini, bukan semua orang berbelanja dalam pasar raya yang mempunyai program itu. Bila tidak bersasar ia bukan satu langkah tuntas untuk selesai masalah ini sedangkan bukan menjadi satu rahsia bahawa harga barang telah dimonopoli oleh pihak orang tengah.

Justeru, saya cadang supaya kerajaan memperkasa agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk memasarkan hasil pertanian di kampung-kampung dan kawasan B40 bagi mengelak monopoli orang tengah.


PROFIL

Nama: Mohamad Ayub Mat Ashri

Umur: 35 tahun

Nama isteri: Nurain Kamaruddin

Bilangan anak: 3 orang

Kerjaya: Peniaga dan pengusaha pertanian.

Hobi: Bermain futsal, bola sepak dan memancing ikan sungai

Pendidikan:

Sekolah Menengah Bukit Goh (2001-2005)

Diploma Mekanikal Pertanian (2006-2009)

Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia (2009-2012)

Penglibatan sosial & politik:

Penaung Nisa Paya Besar (NGO)

Exco Persatuan Al-Itqan Care Pahang (NGO)

Exco Belia MFBM Felda Bukit Sagu 3

Penolong Setiausaha 3, Dewan Pemuda Pas Paya Besar

Ketua Jawatankuasa Pemuda Pas Cawangan Felda Bukit Sagu

Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat Pas Sungai Lembing

Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Paya Besar


Klik di sini untuk terus membaca