KEJAYAAN penganjuran Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang pertama kali diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad lalu, dengan kehadiran pemimpin atasan mahupun bawahan bagi setiap parti, memperlihatkan kerajaan... Klik di sini untuk terus membaca

KEJAYAAN penganjuran Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang pertama kali diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad lalu, dengan kehadiran pemimpin atasan mahupun bawahan bagi setiap parti, memperlihatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencapai kesepakatan dan keharmonian.

Malah melalui ucapan-ucapan pimpinan tertinggi setiap parti, mereka mahukan segala pertelingkahan melibatkan parti-parti dalam kerajaan sebelum ini dilupakan demi memperkukuhkan lagi Kerajaan Madani.

Mengenai konvensyen itu, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berpendapat, biarpun konvensyen itu mendapat sambutan namun ia bukan penentu sama ada kerajaan pimpinan Anwar mampu bertahan lebih lama memandangkan masih terdapat suara-suara mengatakan kerajaan akan bertukar tangan.

Mohamad Khir
Mohamad Khir
Mohamad Khir
Mohamad Khir
Mohamad Khir
Mohamad Khir
Mohamad Khir
Mohamad Khir
Mohamad Khir

Ini kerana kata Mohamad Khir, keutuhan kerajaan disertai oleh 19 parti politik termasuk Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebenarnya bergantung kepada pelbagai faktor lain termasuk kemampuan menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan menyelesaikan masalah rakyat.

Bahkan semasa kempen PRU15 lalu, PH yang diketuai Anwar dan BN dipimpin oleh Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melontarkan pelbagai janji manis sekiranya parti diwakili mereka berjaya menawan Putrajaya.

Ini termasuklah mahu memulihkan ekonomi negara, melaksanakan transformasi institusi dan pentadbiran, menyelesaikan isu kenaikan kos sara hidup dan peningkatan harga barang, pengangguran dalam kalangan anak muda serta banyak lagi.

Mohamad Khir berkata, selepas enam bulan berada dalam Kerajaan Perpaduan, BN dan PH masih belum dapat menunaikan sepenuhnya janji PRU15 lalu, sekali gus menimbulkan kesangsian dalam kalangan rakyat.

"Soal ada ahli Parlimen BN dan PH melompat keluar parti atau tidak bukan isunya sekarang kerana semua reformasi dijanjikan kerajaan belum dilaksanakan dengan baik. Apa yang ada hanyalah pengumuman kecil seperti penurunan harga tol dan tambahan cuti umum semasa musim perayaan sahaja.

Anwar (kanan) dan Ahmad Zahid merupakan dua figura penting dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan hari ini.
Anwar (kanan) dan Ahmad Zahid merupakan dua figura penting dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan hari ini.
Anwar (kanan) dan Ahmad Zahid merupakan dua figura penting dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan hari ini.
Anwar (kanan) dan Ahmad Zahid merupakan dua figura penting dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan hari ini.
Anwar (kanan) dan Ahmad Zahid merupakan dua figura penting dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan hari ini.
Anwar (kanan) dan Ahmad Zahid merupakan dua figura penting dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan hari ini.

"Dulu sebelum berkuasa, mereka menabur janji untuk mengasingkan fungsi Pejabat Peguam Negara (AGC) dan bahagian pendakwaan serta meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Parlimen bagi mengelak campur tangan politik.

"Namun apabila berkuasa dan menjadi kerajaan, lain pula berlaku apabila kuasa pendakwaan kekal di bawah AGC manakala SPRM pula diletakkan di bawah Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan atau EAIC (salah satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri),” katanya kepada Sinar Premium.

Mohamad Khir juga meramalkan BN-UMNO mungkin akan menghadapi masalah besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti jika tiada penjelasan dan justifikasi diberikan kepada penyokong dan ahlinya di peringkat akar umbi mengenai punca sebenar mereka terpaksa bergabung dengan musuh tradisi terutamanya DAP.

Keadaan itu menjadi semakin parah kata Mohamad Khir, apabila UMNO kini menentang dan cuba menghalang usaha mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melancarkan Proklamasi Orang Melayu.

"Saya rasa UMNO tidak sepatutnya menyekat usaha Dr Mahathir kerana kaum lain boleh buat gerakan untuk kepentingan mereka tanpa ada sebarang masalah atau tentangan daripada kerajaan dan parti mewakili mereka.

"Tindakan Dr Mahathir menganjurkan Proklamasi Orang Melayu itu untuk bercakap mengenai kedudukan dan kepentingan orang Melayu ketika ini tidak boleh dianggap rasis kerana kita bercakap soal kaum kita, bukan bangsa lain. Lainlah jika kita bercakap soal mahu menekan dan menyekat kemajuan dan penguasaan ekonomi orang Cina dan sebagainya secara khusus,” tegasnya.

Malah, Mohamad Khir berkata, jika isu tuntutan Sabah dan Sarawak menerusi MA63 gagal diselesaikan, kerajaan juga mungkin akan berdepan lebih kesulitan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Penentu kestabilan

Sementara itu, Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, cakap-cakap mengenai Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar bakal jatuh dijangka berterusan sehinggalah tempoh matang Parlimen tiba lima tahun lagi.

Sivamurugan
Sivamurugan
Sivamurugan
Sivamurugan
Sivamurugan
Sivamurugan
Sivamurugan
Sivamurugan
Sivamurugan

Sivamurugan berkata, dakwaan seumpama itu tidak boleh dipandang ringan bagi membolehkan semua parti gabungannya sentiasa berwaspada dan meningkatkan kerjasama antara mereka yang sebelum ini mengganggu tadbir urus pentadbiran Anwar.

Beliau berkata, keutuhan hari ini juga bergantung kepada restu dan penerimaan penyokong akar umbi BN, PH dan parti gabungannya terhadap jajaran dan kerjasama politik yang baharu dirintis selepas PRU15 lalu.

"Penentu kestabilan politik negara adalah sama ada penyokong parti membentuk Kerajaan Perpaduan sekarang boleh menerima atau tidak jajaran wajah baharu politik Malaysia.

"Oleh itu, apa yang diputuskan dalam konvensyen berkenaan perlu dicerna oleh penyokong parti politik berkenaan di peringkat akar umbi bagi membolehkan mereka menyusun strategi bersama, menerima calon dari parti lain dan boleh berkempen secara bersepadu, tiada lagi sabotaj atau permusuhan seperti semasa mereka berada di blok berbeza,” jelas beliau.

Klik di sini untuk terus membaca