AWANG hargai sangat teguran baginda Sultan Johor tentang soal flat kotor di Negeri Johor. Baginda kesal keadaan sesetengah flat yang tahap penyelenggaraan dan kebersihannya amat teruk. Baginda juga kecewa beberapa buah flat kos rendah yang... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG hargai sangat teguran baginda Sultan Johor tentang soal flat kotor di Negeri Johor.

Baginda kesal keadaan sesetengah flat yang tahap penyelenggaraan dan kebersihannya amat teruk.

Baginda juga kecewa beberapa buah flat kos rendah yang dalam keadaan yang amat menyedihkan. Titah baginda lagi; "seolah-olah rakyat saya hidup dalam reban ayam.”

Begitu keras sekali teguran baginda. Baginda juga cadangkan patut kerajaan Pusat berikan bantuan untuk baik pulih flat kos rendah yang sudah lama. Penduduk juga patut bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran flat.

Sebetulnya bukan di Johor sahaja masalah flat kos rendah yang berada dalam keadaan menyedihkan, malah di negeri lain juga.

Lebih-lebih lagi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Pergilah ke mana-mana flat kos rendah dan lihatlah keadaan persekitarannya.

Ada kalanya sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab memang punca masalah. Ada kes buang sampah dan perabot dari tingkat atas.

Tapi pihak berwajib seperti majlis bandaran atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB) patut ada pasukan khas awasi keadaan flat kos rendah.

Jangan sampai sampah tak terurus, lif rosak dan keadaan keselamatan penduduk terjejas.

Klik di sini untuk terus membaca