AWANG hargai cerita seorang tukang masak Lembaga Tabung Haji (TH) yang berpeluang menunaikan haji 14 kali.
Beliau dapat peluang itu oleh sebab bertugas sebagai tukang masak untuk petugas-petugas TH dan jemaah.
Lalu terfikir jugalah Awang, apa salahnya TH buat skim mengundang tukang masak dari seluruh negara, terutama yang di kampung-kampung untuk menyertai program memasakkan untuk petugas dan Jemaah. Ramai tukang masak berkebolehan di luar sana.
Mungkin sebagai program perintis boleh dicubakan beberapa puluh orang untuk dibawa ke Kuala Lumpur dan diberikan latihan mengendalikan makanan.
Dengan cara itu, mereka akan menyumbang kepada TH dan mendapat manfaat menunaikan haji.
Ini mungkin usaha terbaik bagi TH memberi peluang kepada tukang masak yang tak mampu menunaikan haji atas perbelanjaan sendiri.
Awang tak pasti berapa ramai tukang masak yang diperlukan setiap musim haji bagi menjaga kebajikan lebih kurang 30,000 jemaah kita. Tapi Awang percaya jumlahnya ramai.
Jadi sekiranya 10 peratus tukang masak ini diambil dari kampung-kampung terpencil di Malaysia, alangkah baiknya.
Bolehlah dikongsikan pahala dan manfaat bersama.
Klik di sini untuk terus membaca