TERINGATLAH Awang peribahasa Melayu, ‘menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak’. Itulah umpamanya hal-hal sensitif dalam masyarakat kita. Banyaklah kebijakan yang diperlukan, juga akal waras dan kepala... Klik di sini untuk terus membaca

TERINGATLAH Awang peribahasa Melayu, ‘menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak’.

Itulah umpamanya hal-hal sensitif dalam masyarakat kita. Banyaklah kebijakan yang diperlukan, juga akal waras dan kepala tenang.

Dalam hal Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarikan balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung penggunaan kalimah ALLAH sepatutnya dibuat dengan cara lebih berhemah.

Isu itu akan jadi hangat menjelang pilihan raya enam negeri yang semakin hampir. Maka, ia akan jadi modal politik yang hebat. Macam bagi peluru pada musuh yang tunggu nak ambil peluang.

Seingat Awang, memang kabinet era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kedua ada usaha nak cari penyelesaian kes itu di luar mahkamah.

Pada pendapat Awang, sebaiknya biarlah proses mahkamah berjalan hingga penghujung. Ini isu yang ada kaitan dengan Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Tinggi dah buat keputusan.

Tapi ada ruang lagi untuk mahkamah paling atas untuk membuat keputusan itu. Barulah proses lain berjalan sekiranya proses mahkamah selesai.

Klik di sini untuk terus membaca