GELI hati juga Awang membaca maklum balas orang-orang besar MCA tentang kenyataan Tuk Seri Zahid Hamidi.
Zahid ada sebut pasal susahnya nak pujuk ahli UMNO terima DAP. Lebih kurang kata Zahid, dengan pangkah DAP maknanya sokong UMNO juga.
Tentulah kenyataan Zahid itu macam bola tanggung yang digunakan oleh musuh-musuh UMNO dan mereka yang anti-Kerajaan Perpaduan. Ada juga elemen dalam UMNO yang kecewa dengan kenyataan itu.
Tapi Zahid cakap yang betul. DAP dan UMNO sama-sama dalam Kerajaan Perpaduan. Sama juga dengan PKR, Amanah serta parti-parti Sarawak dan Sabah. MCA pun ada dalam kerajaan.
Jadi, tak timbullah MCA nak berkecil hati dan anggap BN patut utamakan parti dalam komponennya.
Tak timbul isu Zahid nak ketepikan MCA dengan tiga orang ahli Parlimen.
MCA patutnya kukuhkan kedudukannya dalam masyarakat Cina. Rata-rata MCA hilang sokongan orang Cina.
Kesemua kerusi yang dimenangi oleh MCA disebabkan pengundi Melayu, termasuklah di Ayer Hitam.
MCA kena kaji mengapa masyarakat Cina tolak MCA. Tak usahlah nak merengek minta dikasihani.
Dalam satu gabungan, MCA terpaksalah bekerja dengan parti-parti lain termasuk musuh tradisinya DAP.
Klik di sini untuk terus membaca