ADALAH Awang terbaca Tuk Seri PM banyak serang ‘orang kaya’.
Banyaklah dibongkar kisah tauke-tauke besar khususnya Melayu yang terbabit dalam itu dan ini.
Sampaikan ada orang bertanya mengapa yang ditegur orang kaya Melayu sahaja?
Kata sesetengah orang, PM kita nak ambil hati rakyat jelata. Maksudnya mereka berpendapatan rendah, khususnya B40.
Orang kaya, duduk rumah mewah dan alamat yang baik, macam yang dalam kategori T20 tak banyak. Kalau dikecam pun mereka tak menjawab.
Dua hari lepas PM umumkan golongan T20 tak akan menerima subsidi bagi penggunaan elektrik dan bantuan kewangan haji. Maka bertepuk soraklah ahli-ahli Parlimen.
Memang Awang sokong langkah itu. Lagipun mereka dalam kategori itu tak perlukan subsidi. Tapi janganlah jadikan mereka momok dalam politik.
Tak bersalah apa pun mereka. Mereka jadi kaya raya kerana usaha sendiri. Mereka jadi ahli perniagaan berjaya. Bukan sapu duit rakyat.
Awang harap PM kita hantar mesej yang betul bahawa kerajaan ini bukan anti orang kaya atau anti komuniti perniagaan. Ini penting untuk kembalikan keyakinan.
Patutnya kita tumpu usaha menambah lagi bilangan orang berjaya dan kaya khususnya dalam masyarakat Melayu. Kita pun mahukan B40 keluar dari kedudukan itu.
T20 pun ada jasa. Syarikat mereka beri pekerjaan dan mereka bayar cukai untuk bantu kemakmuran negara.
Klik di sini untuk terus membaca