PELIK ada, geli hati pun ada. Awang risau juga ada pihak yang akan serbu makcik jual kuih lapis di Shah Alam. Maklumlah pihak berwajib dah serbu kedai-kedai yang jual brand jam Swatch ‘Pride Collection’. Khabarnya ia dikaitkan dengan... Klik di sini untuk terus membaca

PELIK ada, geli hati pun ada. Awang risau juga ada pihak yang akan serbu makcik jual kuih lapis di Shah Alam.

Maklumlah pihak berwajib dah serbu kedai-kedai yang jual brand jam Swatch ‘Pride Collection’.

Khabarnya ia dikaitkan dengan lambang warna pelangi yang menyokong komuniti LGBT.

Terkait jugalah dengan grup Coldplay yang akan datang ke mari untuk buat pertunjukan.

Awang tak faham apakah warna pelangi koleksi jam itu boleh jejaskan akidah umat Islam? Atau akan buat anak-anak muda kita sokong LGBT?

Begitu rapuhkah iman kita hingga warna kuih lapis pun jadi isu besar? Akhirnya kita jadi bahan ketawa dunia.

Soal hiburan tak patut jadi bahan politik. Posting dalam media sosial tak patut jadi alasan pihak berwajib ambil tindakan.

Tak usahlah ikut telunjuk kelompok berfikiran sempit yang melihat kincir angin sebagai musuh.

Awang faham kalau orang-orang seperti ini benci seni dan hiburan.

Tapi janganlah tunjukkan kecilnya hati kita dan lemahnya iman kita kepada dunia.

Setahu Awang, Malaysia Madani itu utamakan juga keterbukaan minda, bukan otak sempit dan fikiran jumud.

Klik di sini untuk terus membaca