BAGUS sangatkan mereka yang terbabit dalam ‘skandal reman’ diambil tindakan. Nampaknya, di negara kita barah rasuah teruk betul. Dalam hal tahanan reman pun ada pihak yang ambil kesempatan untuk buat duit. Syabas pada SPRM yang... Klik di sini untuk terus membaca

BAGUS sangatkan mereka yang terbabit dalam ‘skandal reman’ diambil tindakan.

Nampaknya, di negara kita barah rasuah teruk betul. Dalam hal tahanan reman pun ada pihak yang ambil kesempatan untuk buat duit.

Syabas pada SPRM yang bertindak mendakwa pegawainya sendiri dalam kes ini.

Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung siasatan kes babitkan anak Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut dituduh ialah seorang ahli perniagaan yang bernama ‘Datuk Roy’.

Juga untuk kurangkan wang jaminan dalam satu kes pendakwaan ke atas orang besar politik.

Memang selama ini, banyak pihak syak ada skandal dalaman dalam kes rasuah. Hal berkenaan terbukti dengan pertuduhan ke atas ahli perniagaan dan orang dalaman SPRM.

Awang harap, kes ini jadi pengajaran pada semua. Lebih-lebih lagi bagi sesetengah pihak yang banyak wang yang anggap semua ‘bisa diatur’. Juga orang dalam yang cuba ‘mengatur’.

Tindakan SPRM patut sangat dipuji. Dengan cara itu, jelaslah berlaku ketelusan dan SPRM pertahankan integriti.

Sesuailah dengan kehendak Tuk Seri PM untuk membersihkan negara daripada gejala rasuah.

Klik di sini untuk terus membaca