ANKARA - Ketua pembangkang utama Turkiye, Kemal Kilicdaroglu telah mengumumkan sebagai calon presiden semasa pilihan raya pada 14 Mei lalu. Ahli politik sosial berpengalaman luas itu disokong lima parti kecil dalam pakatan menentang... Klik di sini untuk terus membaca

ANKARA - Ketua pembangkang utama Turkiye, Kemal Kilicdaroglu telah mengumumkan sebagai calon presiden semasa pilihan raya pada 14 Mei lalu.

Ahli politik sosial berpengalaman luas itu disokong lima parti kecil dalam pakatan menentang Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam pilihanya raya pusingan kedua berlangsung pada 28 Mei.

Pencalonannya berikutan krisis dalam Perikatan Negara yang diketuai Parti Republikan Rakyat (CHP) yang diasaskan Mustafa Kemal Ataturk, selepas parti sayap kanan Party Baik (IYI) yang pada mulanya mencalonkan pemimpinnya sebagai presiden telah menarik diri daripada blok pakatan itu.

Drama berlaku antara pakatan tersebut kira-kira dua bulan sebelum Pilihan Raya Presiden dan Parlimen yang berlangsung ketika kemelesetan ekonomi teruk dan gempa bumi dahsyat yang meragut 45,000 nyawa di tenggara Turkiye serta jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal.

SIAPA KEMAL KILIDAROGLU?

Kilidaroglu dilahirkan pada tahun 1948 di bandar timur Tunceli dan anak keempat dari tujuh adik beradik dari minoriti agama Alevi iaitu cabang Islam Syiah. Ayahnya bekas pegawai pendaftaran manakala ibunya seorang surirumah.

Beliau yang lulus dari Akademi Ekonomi dan Sains Komersial Ankara yang kini kenali Universiti Gazi dengan memegang ijazah ekonomi.

Semasa dalam institusi pentadbiran Turkiye, beliau memegang peranan tertinggi dalam Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan serta dua badan keselamatan sosial.

Kilidaroglu juga pernah mengajar di Universiti Hacettepe Ankara dan juga merupakan seorang ahli lembaga di Turkiye Is Bank, bank swasta terbesar di negara itu.

Penyokong membawa skaf bertulis 'Saya Kemal, Saya datang' semasa perarakan di Canakkale, timur Turkiye. - AFP

PEMBABITAN DALAM POLITIK

Kilicdaroglu, 75, memasuki arena politik sebagai Timbalan CHP semasa pilihan raya umum 2002 yang menyaksikan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dipimpin Erdogan berkuasa buat kali pertama selepas krisis ekonomi.

Beliau dipilih semula pada 2007 dan berkhidmat sebagai timbalan Speaker dalam partinya di bawah pimpinan ketua CHP, Deniz Baykal.

Selepas peletakan jawatan Baykal, Kilicdaroglu tidak bertanding merebut jawatan pemimpin CHP semasa konvensyen parti pada Mei 2010 dan sebaliknya menjadi pemimpin parti berhaluan kiri tengah.

Bagaimanapun, partinya kalah teruk dalam semua Pilihan Raya Umum dan Presiden kepada Parti AKP yang dipimpin Erdogan.

Kejayaan terbesar CHP dan sekutunya semasa pilihan raya tempatan 2019 di mana partinya memenangi perebutan jawatan Datuk Bandar di lima daripada enam wilayah negara itu termasuk Ankara dan Istanbul.

Penyokong Parti CHP menghadiri perhimpunan kempen calon presiden perikatan itu Kemal Kilicdaroglu di Ankara. - AFP

ADAKAH KILICDAROGLU BERPELUANG MENENTANG ERDOGAN?

Ramai pengundi berharap Kilicdaroglu dapat memulihkan kawalan dan keseimbangan kerajaan selain memulihkan kemelesetan ekonomi yang mengakibatkan mata wang lira merundum teruk selepas gempa bumi dahsyat yang mengorbankan puluhan ribu penduduk baru-baru ini.

Namun bagi pengundi yang pro-Erdogan berkata mereka bimbang jika Kilidaroglu menang pilihan raya, yang kemungkinan Turkiye akan kembali menjadi negara sekular semula selepas kematian Ataturk kerana CHP juga diasaskan pemimpin tersebut.

Bagaimanapun segelintir penganalisis berpendapat, pilihan raya kali ini menjadi paling sengit selepas pilihan raya umum 2002 di mana keputusan pilihan raya 14 Mei baru-baru ini menyaksikan Erdogan dan Kilicdaroglu tidak memenangi lebih 50 peratus undian sehingga membawa kepada pusingan kedua antara calon pilihan undian tertinggi pada 28 Mei ini. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca