SHAH ALAM - Pakar keluarga mendedahkan ketagihan terhadap peranti adalah antara punca kes perceraian tinggi di Malaysia. Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh berkata, terdapat kes di mana perkahwinan hanya... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pakar keluarga mendedahkan ketagihan terhadap peranti adalah antara punca kes perceraian tinggi di Malaysia.

Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh berkata, terdapat kes di mana perkahwinan hanya bertahan selama enam bulan apabila isteri membuat keputusan untuk bercerai kerana suami ketagihan gajet.

"Alasannya tiada komunikasi hingga menyebabkan hubungan suami isteri dingin. Malah mudah berlakunya kecurangan apabila suami berhubungan dengan perempuan lain, begitu juga sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian.

Kira-kira 26.8 juta pengguna internet di Malaysia menghabiskan masa selama dua jam 47 minit sehari atau lebih 20 jam seminggu bagi melayari pelbagai platform media sosial, demikian menurut laporan Digital 2023.

Laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Meltwater, peneraju global dalam maklumat media dan sosial serta We Are Social bagi Januari 2023 itu turut mendapati pengguna berusia 25 hingga 34 tahun adalah paling aktif.

Hushim
Hushim
Hushim
Hushim
Hushim
Hushim
Hushim
Hushim

Kajian itu turut mendapati tiga alasan utama penggunaan internet di negara ini adalah untuk mencari maklumat (76.2 peratus), diikuti sentiasa mendapatkan perkembangan berita serta acara (65.8 peratus) dan kekal berhubung dengan rakan dan keluarga (64.2 peratus).

Tambah Hushim, ketagihan media sosial juga membawa kesan buruk kepada hubungan kekeluargaan selain memudaratkan kesihatan.

"Apabila komunikasi antara ahli keluarga itu kurang akan menyebabkan jarak hubungan menjadi tidak rapat seterusnya perselisihan faham mudah terjadi,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesan ketagihan turut menyebabkan anak-anak hilang fokus untuk belajar.

Ujarnya, mereka juga mudah terlibat dalam kegiatan tidak bermoral seperti dadah dan seks bebas.

"Anak-anak juga habiskan masa terlalu lama guna telefon pintar. Ada yang sanggup berjaga hingga jam 5 pagi menyebabkan fitrah hidup bertukar, siang tidur dan malam berjaga,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca