SHAH ALAM - Cadangan kerajaan untuk meneroka penanaman padi air masin di negara ini disifatkan sebagai realistik dan sesuai untuk dilaksanakan.
Pengarah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Mohd Rafii Yusop berkata, idea penanaman padi di tanah bermasalah seperti tanah mempunyai kemasinan tinggi terutama di tanah sawah di pesisiran pantai yang tercemar dengan air laut adalah sangat baik.
"China telah pun berjaya menghasilkan varieti padi yang sesuai ditanam dalam keadaan kemasinan tinggi,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pada Ahad dilaporkan berkata, kerajaan bercadang meneroka penanaman padi air masin dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran beras di negara ini.
Menurut Mohamad, pihaknya telah membuat perbinca-ngan awal bersama pakar berkaitan di China bagi mendapatkan pandangan dan penggunaan teknologi yang bersesuaian.
Mengulas lanjut, Mohd Rafii menjelaskan, negara lain yang telah berjaya menanam padi di kawasan tanah dengan tahap kemanisan tinggi ialah India, Bangladesh dan Filipina.
Malah, beliau berkata, UPM juga sedang melakukan penyelidikan ke atas varieti yang toleran kemasinan tinggi dan proses penyelidikan tersebut masih pada tahap pengujian di rumah kaca.
"Oleh itu, sementara varieti padi yang toleran kemasinan berjaya dihasilkan di dalam negara, pihak ke-rajaan boleh membawa masuk varieti yang toleran tahap kemasinan tinggi ini dari China.
"Bawa varieti ini terlebih dahulu untuk diuji kesesuaian dengan persekitaran Malaysia, tahap kerintangan penyakit dan perosak padi serta prestasi pengeluaran hasilnya di negara kita,” ujar beliau.
Ditanya mengenai kualiti beras pula, kata Mohd Rafii, kualiti beras yang dihasilkan biasanya adalah tidak banyak berbeza dengan beras dihasilkan di kawasan sawah air tawar.
Klik di sini untuk terus membaca