SHAH ALAM - Parti Gerakan dilihat kurang relevan dan tidak lagi mampu memperjuangkan nasib rakyat khususnya kaum Cina jika mereka tewas di semua 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Penganalisis... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Parti Gerakan dilihat kurang relevan dan tidak lagi mampu memperjuangkan nasib rakyat khususnya kaum Cina jika mereka tewas di semua 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, biarpun Gerakan berhasrat bertanding di 30 kawasan DUN di empat negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor, namun peluang untuk menang adalah amat sukar kerana berdepan DAP.

Tambahan pula Mazlan berkata, musuh ketat DAP seperti MCA dan UMNO juga kini sudah membentuk kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Berikutan itu, Mazlan meramalkan peluang Gerakan untuk menang satu kerusi DUN pada PRN nanti amat sukar kerana kini bersama Perikatan Nasional (PN) yang dilihat sebagai parti ultra Melayu yang turut menyokong Proklamasi Bangsa Melayu diusahakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Abdul Hadi (tiga dari kiri) bersalaman dengan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri PN Pulau Pinang, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai selepas sidang media pada Isnin.
Abdul Hadi (tiga dari kiri) bersalaman dengan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri PN Pulau Pinang, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai selepas sidang media pada Isnin.

"Saya meramalkan Gerakan sukar untuk mendapat sokongan pengundi Cina dan menang kerusi DUN ditandingi pada PRN nanti kerana bersama Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang membawa agenda Proklamasi Bangsa Melayu yang dilihat sebagai cauvinis dalam kalangan kaum bukan Melayu.

"Bukan setakat nak menang separuh daripada 30 kerusi DUN, malah peluang Gerakan mahu menang satu kerusi pun susah,” katanya ketika mengulas kenyataan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, bahawa parti berkenaan akan bertanding di 30 kerusi pada PRN nanti.

Klik di sini untuk terus membaca