BAGUS sangatlah Jabatan Kerja Raya (JKR) nak ‘tapis’ kontraktor yang berkaitan fasiliti kesihatan supaya boleh elak projek ‘sakit’. Timbalan Menterinya, Tuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pihaknya akan pastikan hal seumpama itu... Klik di sini untuk terus membaca

BAGUS sangatlah Jabatan Kerja Raya (JKR) nak ‘tapis’ kontraktor yang berkaitan fasiliti kesihatan supaya boleh elak projek ‘sakit’.

Timbalan Menterinya, Tuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pihaknya akan pastikan hal seumpama itu tak berlaku lagi.

Beliau juga kata, akan kenal pasti kontraktor yang ‘benar-benar layak’ untuk buat kerja-kerja JKR.

Beliau juga menyebutkan daripada 166 projek yang berkaitan dengan pembinaan fasiliti kesihatan, sebanyak 24 daripadanya mengalami kelewatan.

Kata beliau lagi, 22 syarikat dikesan ‘tidak mempunyai pengalaman dalam pembinaan sedemikian’.

Pada pandangan Awang, hal ini bukan baharu. Bukan kontraktor berkaitan fasiliti kesihatan sahaja yang bermasalah. Banyak lagi kerja-kerja JKR yang terbengkalai oleh kontraktor yang tak ada pengalaman dan kepakaran.

Amalan dulu, siapa yang ada cable atau tali sebesar paha dengan orang-orang tertentu akan diberikan projek. Tak kiralah kalau syarikat berkenaan ada kepakaran atau pengalaman.

JKR tentu ada maklumat berapa banyak projek rakyat yang terbengkalai oleh syarikat seperti ini. Termasuk jugalah projek pembinaan sekolah dan lain-lain.

Awang harap, JKR akan tapis juga kontraktor bidang lain yang diberikan projek tetapi melambat atau menggagalkannya disebabkan tak ada kepakaran.

Masa itu, siapa yang berani nak senarai hitamkan syarikat yang punya talian yang kuat pada orang-orang besar politik?

Kita kena hentikan amalan buruk yang dah mendarah daging itu.

Klik di sini untuk terus membaca