KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) nafikan ada mengeluarkan arahan supaya pihak sekolah anjurkan tayangan filem Anwar: The Untold Story. Surat yang dikatakan arahan KPM yang tular itu sebetulnya palsu.
Awang bukanlah pandai sangat pasal filem. Namun begitu, ada jugalah Awang tengok filem pasal tokoh besar dari negara jiran, macam Sukarno dan Habibie di Indonesia.
Bukanlah Awang nak salahkan penerbitnya yang nampak sangat buat filem itu secara terburu-buru dan takut-takut. Maklumlah, masa itu Anwar di ‘sebelah sana’. Dia Ketua Pembangkang.
Siapa berani nak buat filem pasal ketua pembangkang di Malaysia?
Awang juga faham pelakon tempatan pun tak berani nak ikut berlakon.
Maklumlah takut kena gam. Tak boleh cari makan. Kecuali beberapa watak utama, yang lain banyak pelakon luar. Jadi janggal jugalah kita dengar dialognya.
Awang pujilah keberanian penerbit buat filem itu. Namun begitu ada Awang dengar kawan-kawan Anwar sendiri yang rasa banyak yang kurang tentang filem itu. Ini termasuk fakta sejarah berkaitan tokoh politik besar yang kini jadi PM itu.
Biarlah filem itu main di panggung. Siapa yang nak tengok, tengoklah di panggung untuk bantu penerbit.
Mungkin satu masa nanti, akan ada orang lain akan buat filem lebih baik dan autentik kata orang putih, tentang Anwar.
Klik di sini untuk terus membaca