KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan disarankan untuk mengutamakan usaha mengurangkan inflasi dan menjana pertumbuhan ekonomi. Berdasarkan kaji selidik oleh Endeavour-MGC, sekitar 22 peratus daripada 1,068 responden melibatkan semua kaum... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan disarankan untuk mengutamakan usaha mengurangkan inflasi dan menjana pertumbuhan ekonomi.

Berdasarkan kaji selidik oleh Endeavour-MGC, sekitar 22 peratus daripada 1,068 responden melibatkan semua kaum mendapati isu berkenaan harus menjadi keutamaan kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, kira-kira 21 peratus daripada 791 responden Melayu menyuarakan hal sama.

Hasil dapatan mereka turut mendapati 52 peratus kaum Melayu dan 46 peratus responden semua masyarakat di Semenanjung tidak berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Perpaduan dalam menangani isu inflasi dan kos sara hidup.

Hasil kajian menunjukkan hanya 27 peratus responden Melayu dan 32 peratus responden semua kaum berpuas hati dengan pentadbiran Anwar dalam menangani kedua-dua isu berkenaan.

Selain itu, 57 peratus dan 48 peratus berpuas hati dengan Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Anwar, yang juga Menteri Kewangan pada 24 Februari lalu.

Begitupun, sebanyak 59 peratus responden Melayu dan 56 peratus responden semua kaum mengakui menerima manfaat daripada program dan peruntukan kewangan di bawah Belanjawan 2023.

Sementara itu, peratusan responden Melayu yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan agar tidak membenarkan satu lagi pengeluaran khas simpanan dalam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah paling tinggi iaitu 51 peratus, manakala responden semua kaum sebanyak 44 peratus.

Kaji selidik pendapat awam itu dijalankan melalui persampelan rawak berstrata dari 4 hingga 18 April lalu, dengan margin kesilapan keputusan adalah antara tiga dan 3.5 peratus berdasarkan bilangan pemilih berdaftar di Semenanjung, setakat Jun 2022.




Hasil kaji selidik oleh Endeavour-MGC (April 2023)

1. Prestasi keseluruhan Kerajaan Perpaduan?

- Puas hati: 61% (53%)

- Tak puas hati: 31% (39%)

2. Sejauh mana ada berpuas hati dengan prestasi kerajaan berdasarkan isu-isu berikut?

a. Kestabilan politik

- Puas hati: 61% (44%)

- Tak puas hati: 32% (42%)

b. Agenda lawan rasuah

- Puas hati: 58% (52%)

- Tak puas hati: 35% (39%)

c. Hubungan kaum

- Puas hati: 71% (54%)

- Tak puas hati: 25% (29%)

d. Agama

- Puas hati: 74% (65%)

- Tak puas hati: 22% (31%)

e. Pertumbuhan ekonomi

- Puas hati: 49% (42%)

- Tak puas hati: 45% (51%)

f. Inflasi & kos sara hidup

- Puas hati: 36% (30%)

- Tak puas hati: 60% (65%)

3. Pendapat anda tentang hala tuju kepimpinan Anwar?

- Lebih baik: 62% (48%)

- Tak berubah: 26% (35%)

- Makin teruk: 12% (17%)

4. Apa yang harus menjadi keutamaan kerajaan sekarang?

a. Kurangkan inflasi:22% (21)

b. Jana pertumbuhan ekonomi: 21% (26%)

c. Hapuskan rasuah: 18% (17%)

d. Tambah baik kebajikan rakyat: 11% (14%)

e. Kekalkan kestabilan politik: 9% (8%)

f. Tambah peluang kerja: 6% (6%)

g. Kukuhkan hubungan kaum: 5% (4%)

h. Pelihara agama: 5% (8%)

i. Tambah peluang niaga: 3% (2%)

5. Adakah anda dapat faedah daripada Belanjawan 2023?

- Ya: 56% (59%)

- Tidak: 33% (29%)

- Tak tahu: 11% (12%)

6. Adakah anda setuju keputusan kerajaan tidak benarkan lagi pengeluaran khas KWSP?

- Setuju: 44% (37%)

- Tak setuju: 44% (51%)

- Tak tahu: 12% (12%)

7. Parti mana yang anda undi pada PRU15 lalu

- Barisan Nasional (BN): 17% (23%)

- Pakatan Harapan (PH): 38% (17%)

- Perikatan Nasional (PN): 17% (26%)

- Pas: 11% (17%)

8. Adakah anda setuju keputusan PH dan BN bergabung membentuk Kerajaan Perpaduan?

- Setuju: 53% (46%)

- Tak setuju: 37% (44%)

- Tak tahu: 10% (10%)

9. Apa pertimbangan anda untuk mengundi dalam pilihan raya?

1. Parti: 20% (19%)

b. Calon: 27% (27%)

c. Agama: 22% (30%)

d. Kaum: 3% (3%)

e. Ekonomi: 21% (17%)

f. Korupsi: 4% (3%)

g. Nilai liberal: 2% (1%)

10. Jika Pilihan Raya Umum diadakan esok, parti mana yang anda akan pilih?

- PH: 39% (20%)

- BN: 18% (24%)

- PN: 17% (26%)

- Pas: 9% (14%)

- Tak tahu: 15% (15%)

Nota:

Peratusan pertama adalah melibatkan semua kaum di Semenanjung manakala peratusan dalam tanda kurung (%) adalah responden Melayu sahaja.


Klik di sini untuk terus membaca