AWANG bukanlah pandai sangat hal filem. Tapi Awang rasa ada yang tak kena dengan cara kita urus industri filem kita.
Baik nak lahirkan filem bermutu, nak urus pasaran tempatan sampailah nak jual filem ke luar, prestasinya masih lemah.
Industri filem kita tak maju macam negara lain yang tak ada pun badan macam Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).
Sehari dua ini kecohlah cerita Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas yang kena pecat. Khabarnya disuruh berhenti 24 jam.
Maka beliau pun buatlah sidang media persoalkan kenapa dipecat. Tak madani tindakan itu, katanya.
Tak tahulah Awang apa cerita sebenarnya di sana. Kata menteri, penamatan khidmat CEO adalah keputusan Lembaga Pengarah Finas. Kata pengerusi itu arahan menteri.
Awang harap Finas buatlah kerja yang patut Finas buat. Apa yang ada dalam Akta Finas itu jalankanlah. Majukanlah filem kita.
Filem kita pun dan menang macam-macam hadiah di festival filem antarabangsa.
Rakyat kita ada yang dah menang anugerah pelakon wanita terbaik di Academy Award.
Carilah CEO yang betul. Rombak Lembaga Pengarah Finas kalau perlu.
Tak usah nak tambah penasihat atau konsultan itu dan ini.
Kalau Finas pun kecoh macam dunia politik bila masanya industri filem kita akan maju?
Klik di sini untuk terus membaca