AWANG angkat topi pada mereka yang tersenarai sebagai 50 bilionair Malaysia. Alhamdulillah, tersenarai juga tiga orang ahli perniagaan Melayu di dalamnya. Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG angkat topi pada mereka yang tersenarai sebagai 50 bilionair Malaysia.

Alhamdulillah, tersenarai juga tiga orang ahli perniagaan Melayu di dalamnya. Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Tan Sri Azman Hashim. Mereka berada dalam kedudukan nombor 11, 24 dan 34.

Jumlah terkumpul kekayaan mereka adalah RM375 bilion menurut majalah Forbes. Awang yakin ramai bertahan disebabkan usaha dan kegigihan mereka.

Mereka tak akan dapat bertahan kalau hanya harapkan projek daripada kawan politik. Jenis orang kaya mi segera atau orang kaya kroni ini sampai bila pun tak akan ke mana.

Awang cuma harap lebih banyak lagi orang Melayu masuk senarai itu. Ahli perniagaan Melayu tak macam ahli perniagaan kaum lain.

Orang lain boleh bertahan dalam semua pemerintahan. Tak ramai peniaga Melayu yang dapat terus kekal apabila bertukar pentadbiran atau PM. Kata orang tak ada kelangsungan. Sekali air bah, pantai pun berubah.

Setiap PM nak bina ahli perniagaan mereka sendiri. Mereka tak ada di tampuk, peniaga berkenaan pun jatuh. Tumbuh pula yang baru. Lepas itu jatuh balik.

Oleh sebab itu yang bertahan dalam senarai tiga orang itu sahaja.

Nampaknya sampai bila pun tak bertambah.

Klik di sini untuk terus membaca