DASAR ekonomi kerajaan tidak gagal sepenuhnya, namun perlu kepada penambahbaikan dalam usaha melahirkan lebih ramai hartawan Melayu di negara ini. Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid... Klik di sini untuk terus membaca

DASAR ekonomi kerajaan tidak gagal sepenuhnya, namun perlu kepada penambahbaikan dalam usaha melahirkan lebih ramai hartawan Melayu di negara ini.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dasar sedia ada seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) perlu dilihat semula, selain memfokuskan keseimbangan dalam agihan pendapatan serta kekayaan.

"Sistem ekonomi Islam seperti zakat dan wakaf sebenarnya boleh digembleng secara efektif bagi memastikan agihan pendapatan serta kekayaan yang lebih adil, selain boleh menjadi pelengkap kepada dasar fiskal negara.

"Ini antara yang boleh dilaksanakan dengan mengambil kira sistem ekonomi Islam yang telah dipraktikkan di Malaysia. Justeru, penambahbaikan seperti ini mampu menjadikan nasib rakyat lebih terjamin dan bermaruah,” ujar Mohd Afzanizam kepada Sinar Premium.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan Majalah Forbes 2023 mengeluarkan senarai 50 individu terkaya di Malaysia dan senarai tersebut didahului oleh Pengasas Kumpulan Kuok, Tan Sri Robert Kuok yang akan mencecah usia 100 tahun Oktober ini dengan jumlah kekayaan RM54.3 bilion.

Sementara itu, hanya tiga nama usahawan Melayu tersenarai iaitu tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang berada pada kedudukan ke-11 (RM7.3 bilion); pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS), Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim di kedudukan ke-24 (RM3.7 bilion) dan tokoh perbankan terkemuka negara, Tan Sri Azman Hashim di tangga ke-34 (RM2.6 bilion).

Sehubungan itu, sebagai usaha melahirkan lebih ramai jutawan Melayu, Mohd Afzanizam menyarankan untuk mengenal pasti golongan bumiputera yang berada dalam kedudukan ekonomi baik dan menggalakkan mereka bersaing secara merit.

Mohd Afzanizam
Mohd Afzanizam
Mohd Afzanizam
Mohd Afzanizam
Mohd Afzanizam

Tambahnya, program pembangunan seperti pendidikan, kesihatan dan infrastruktur serta tadbir urus juga seharusnya dapat membantu dalam peningkatan taraf hidup.

Dalam pada itu, katanya, selain mengejar impian melahirkan hartawan dan jutawan, perlu diingat matlamat utama yang perlu sama-sama dicapai adalah rakyat memiliki kehidupan sejahtera dalam pelbagai aspek.

"Jika rakyat mahu belajar, terdapat banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran dan dengan pelajaran tersebut, mereka boleh meningkatkan taraf ekonomi.

"Sama juga jika mahu berniaga, landskap perniagaan perlu adil, telus dan berdaya saing,” katanya.

Turut senada, penganalisis ekonomi, Profesor Dr Barjoyai Bardai yang mengakui dasar ekonomi kerajaan tidak boleh dikatakan gagal sepenuhnya, namun ia tidak juga berjaya sepenuhnya.

"Sebaliknya ia perlu kepada perubahan untuk menyeimbangkan kejayaan dalam kalangan usahawan dan tokoh korporat di negara ini,” katanya.

Menurut Barjoyai, konsep sebelum ini cuba memupuk usahawan berpotensi dengan memberikan keupayaan besar agar apabila mereka berjaya kelak akan dapat melahirkan lebih ramai protege.

"Namun, ia tidak berlaku begitu. Contohnya, apabila berlaku kegawatan ekonomi kita lihat ramai usahawan terutama Melayu gagal bersaing dan akhirnya keciciran disebabkan tiada persediaan secukupnya dalam menghadapi situasi sukar tersebut.

Barjoyai
Barjoyai
Barjoyai
Barjoyai
Barjoyai
Barjoyai
Barjoyai
Barjoyai

"Dan akhirnya pada hari ini, kita melihat hanya segelintir usahawan Melayu bernama besar yang mampu bertahan dan seterusnya tersenarai dalam kalangan individu terkaya di Malaysia,” katanya.

Tambahnya, tidak perlu terlalu teruja untuk melahirkan tokoh Melayu yang berjaya serta-merta, sebaliknya proses harus berlaku secara berperingkat dan mengambil masa.

"Usaha memupuk usahawan Melayu perlu bermula dari bawah. Daripada sikap, budaya dan cara hidup. Elakkan menggunakan jalan pintas dengan mengubah intrapreneurs (ketua pengarah dan pengarah syarikat yang dinaikkan taraf menjadi pemegang saham dan usahawan) untuk menjadi usahawan.

"Ini kerana intrapreneurs tidak mahir mengurus risiko dan boleh menjadi punca usahawan Melayu gagal.

"Amalan rent-seeker atau memberi kontrak kepada usahawan tiada pengalaman demi mendapatkan komisen berleluasa dalam kalangan usahawan Melayu juga harus dihentikan jika mahu melahirkan hartawan benar-benar berkualiti,” jelas beliau.

Klik di sini untuk terus membaca