PADA mulanya Awang anggap semua itu cakap-cakap jenaka dan gurauan. Maklumlah MB Kedah ni kadangkala lebih lucu daripada pelawak profesional. Ada masanya beliau boleh kalahkan Harith Iskandar, Adlin Shauki atau Abon. Lama kelamaan jadi... Klik di sini untuk terus membaca

PADA mulanya Awang anggap semua itu cakap-cakap jenaka dan gurauan.

Maklumlah MB Kedah ni kadangkala lebih lucu daripada pelawak profesional.

Ada masanya beliau boleh kalahkan Harith Iskandar, Adlin Shauki atau Abon.

Lama kelamaan jadi makin serius. Dia ulang-ulang di sana sini. Semua orang mula komen.

Jadi isu besar dan modal politik bagi beliau nampaknya. Mungkin ada yang anggap dia Hero Kedah.

Jikalau ikut sejarah memang sempadan politik kena dilukis semula. Banyaklah tuntutan daripada pelbagai pihak.

Keluarga Kesultanan Sulu dakwa Malaysia di Mahkamah Dunia kononnya Sabah milik mereka. Dari dulu pun isu itu tak selesai. Sampai ada gerakan bersenjata di Sabah tak lama dulu.

Terfikir juga Awang siapa yang miliki Kedah satu masa dulu. Bukanlah Awang pandai sangat tapi kalau ikut sejarah, Siam dulu pernah kuasai sebahagian Kedah.

Apa kata jikalau kerajaan Siam tuntut Kedah atau Perlis. Johor pun boleh dakwa Singapura miliknya. Tak ada sudahnya nanti.

Lagipun apa maknanya dakwa Pulau Pinang milik Kedah? Apakah nak buktikan jikalau pulau itu di bawah Kedah, maka keadaannya akan jadi lebih baik?

Tadbirlah dulu Kedah elok-elok. Tak usah sibukkan negeri orang.

Klik di sini untuk terus membaca