AWANG cuba mengingati siapa perintah Selangor satu masa dulu. Rasanya UMNO dan BN. Sampailah parti itu hilang kuasa di Selangor pada tahun 2008. Seingat Awang, Tan Sri Noh Omar pernah jadi macam-macam menteri sewaktu pemerintahan BN/UMNO.... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG cuba mengingati siapa perintah Selangor satu masa dulu. Rasanya UMNO dan BN. Sampailah parti itu hilang kuasa di Selangor pada tahun 2008.

Seingat Awang, Tan Sri Noh Omar pernah jadi macam-macam menteri sewaktu pemerintahan BN/UMNO. Beliau juga lama jadi Ketua UMNO Selangor.

Jadi apabila beliau sebut kes 500 peneroka kelapa sawit di Kampung Seri Makmur, Bestari Jaya yang "berdepan tindakan pengusiran kerajaan negeri” Awang terkedu juga.

Katanya, kes itu bukan baharu. Mereka dah teroka lebih 40 tahun dan dah dapat lesen pendudukan sementara (TOL).

Peliknya kenapa tak selesaikan kes itu masa beliau orang kuat di Selangor. Kawasan itu sebahagian kubu kuatnya.

Itulah yang terjadi apabila seseorang bertukar angin politik. Orang kuat UMNO dulu dah cakap dengan nada lain.

Sekarang beliau kata rakyat Selangor akan lebih terbela jika undi Perikatan Nasional (PN) dalam PRN akan datang.

Teringatlah Awang beliau secara terbuka kata beliau orang parti, tak akan derhaka pada UMNO.

Tapi sekarang oleh sebab nak masuk PN, maka semua itu dah berubah. Memang itu perkara biasa dalam politik. Tapi biarlah berpada-pada.

Ingatlah siapa kita satu masa dulu. Masa berkuasa patut bela rakyat yang terdiri daripada penjaja, pesawah dan nelayan.

Lebih-lebih lagi jika mereka dalam kawasan Parlimen sendiri.

Klik di sini untuk terus membaca