SHAH ALAM - Semua barangan rampasan atau bahan bukti sesuatu kes jenayah akan disimpan oleh pegawai penyiasatan sebelum ia dilupuskan. Penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, barang berkenaan akan dilupuskan setelah... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Semua barangan rampasan atau bahan bukti sesuatu kes jenayah akan disimpan oleh pegawai penyiasatan sebelum ia dilupuskan.

Penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, barang berkenaan akan dilupuskan setelah perbicaraan selesai dan mendapat perintah mahkamah tanpa mengira masa yang diambil.

Katanya, ini kerana setiap barang yang dirampas oleh mana-mana agensi penguat kuasa adalah bahan bukti bagi memudahkan perbicaraan kelak.

"Apabila satu operasi dan rampasan dibuat, pihak berkuasa akan keluarkan satu senarai bongkar yang menyenaraikan semua barang rampasan dan ditandatangani oleh pegawai menangkap serta orang kena tahan (OKT).

"Barang tersebut seterusnya akan diserahkan kepada pegawai penyiasat yang dipertanggungjawabkan ke atas kes berkenaan,” jelasnya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, tindakan tatatertib akan diambil ke atas pegawai berkenaan dan mungkin boleh didakwa jika terdapat unsur jenayah.

"Bahan bukti itu sangat penting kerana boleh menyebabkan berlaku putus rantaian kes.

"Contohnya, barang rampasan ada 10 tetapi apabila diperiksa ada sembilan. Kes sebegitu mahkamah akan buang,” ujarnya.

Tambah Shahul Hamid, barang-barang rampasan itu akan disimpan di satu tempat khas iaitu bilik khusus.

"Barang berharga seperti wang atau emas ia akan dilelong dan disatukan menjadi hak milik kerajaan,” katanya.


Kes barangan berharga atau wang tunai hilang ketika serbuan
14 November 2022

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa wang RM46 juta milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disimpan di sebuah unit di Pavilion Residences di Kuala Lumpur dicuri.

Muhammad Shafee berkata, kecurian harta berkenaan dikesan selepas pihak polis hanya menemui RM114 juta daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM160 juta seperti yang dimaklumkan Najib.

1 November 2022

Empat penjawat awam termasuk polis ditahan bagi membantu siasatan kehilangan barang kemas bernilai lebih RM14,000 milik seorang warga asing dalam serbuan di sebuah rumah kongsi di Pantai Remis, Manjung, Perak.

1 Ogos 2022

Seorang pegawai dan dua anggota polis ditahan susulan dakwaan kehilangan wang tunai RM45,000 ketika serbuan kes dadah di sebuah rumah di Pasir Kelang Baru, dekat Kuala Krai, Kelantan

10 Mei 2022

Seorang wanita mendakwa seutas rantai serta gelang bernilai lebih RM8,000 yang disimpan dalam kotak dan wang dalam tabung anaknya dianggarkan berjumlah RM700 hilang dicuri polis selepas rumahnya di sebuah daerah di Kedah diserbu lima anggota polis narkotik.

27 September 2021

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawainya selepas bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid membuat laporan bahawa wang tunai berjumlah RM25 juta yang dirampas dalam siasatan terhadapnya pada tahun 2018 hilang.

25 November 2020

Polis Kuala Lumpur mengesahkan dua pegawai dan empat anggota polis ditahan berhubung kehilangan wang RM1.6 juta semasa serbuan di sebuah rumah Bukit Segambut pada 12 November 2020.

Klik di sini untuk terus membaca