TIGA hari lepas, blok pembangkang kosong apabila Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dibahaskan di Dewan Rakyat.
Awang taklah terperanjat sangat apabila semua pembangkang keluar Dewan.
Semasa ahli Parlimen yang jadi kerajaan sekarang, di sebelah pembangkang pun mereka pernah keluar beramai-ramai.
Jikalau tindakan keluar itu atas dasar prinsip, Awang tak ada masalah. Itu hak mereka.
Mungkin mereka tak setuju sesuatu dasar atau rang undang-undang yang dibawakan.
Tapi alasan kali ini lain pula. Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Tuk Seri Takiyuddin Hassan memberikan alasan bahawa sepanjang sejarah Parlimen, LKAN tidak pernah dibahaskan dalam Dewan.
Katanya itu tugas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk membuat teguran dan dapatan.
Pada pendapat Awang soal 'tak pernah' bukan alasan.
Lagipun perbahasan mengenai LKAN tak bertentangan dengan Perlembagaan pun.
Rakyat tertanya-tanya juga, apa salahnya dibahaskan?
Bukankah semua pihak terutamanya Pembangkang bercakap pasal ketelusan?
Melainkan jikalau ada udang di sebalik batu. Ada benda yang tak mahu didedahkan.
Sebagai contoh, apa salahnya bahaskan bagaimana boleh berlaku 8.5 juta dos vaksin yang dah lupus tarikhnya?
Bukankah itu duit rakyat dan jadi kepentingan umum?
Klik di sini untuk terus membaca