AWANG nak ucapkan syabas pada pelajar yang dapat semua ‘A’ dalam SPM diumumkan dua hari lepas. Kejayaan mereka patut sangat dapat pujian.
Khabarnya jumlah yang dapat semua ‘A’ meningkat tahun ini berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Di sebalik kita meraikan kecemerlangan mereka yang dapat banyak ‘A’, janganlah kita lupakan mereka yang kurang cemerlang.
Kita kena ingat yang ambil SPM tahun 2022 adalah seramai 373,974 orang. Daripada jumlah ini 91 peratus layak dapat sijil. Hanya 10,109 calon peroleh semua ‘A’.
Ramai pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik dan yang drop-out mencipta nama dalam pelbagai bidang.
Oleh sebab itu, tumpuan harus diberikan bukan sahaja pada aspek akademik tetapi sikap dan nilai yang betul. Para pelajar yang kurang berjaya harus dibimbing dengan cara dan kaedah lain.
Nak survive dan berjaya dalam hidup tak perlu dengan dapat semua ‘A’. Ibu bapa pun janganlah terlalu obsesi mahukan anak mereka dapat keputusan paling cemerlang.
Sistem pendidikan yang hanya utamakan gred yang baik dan banyak ‘A’ tidak akan menguntungkan pelajar pada masa hadapan.
Klik di sini untuk terus membaca