SAYA mula membaca dan mengulas mengenai ancaman kepada kesinambungan perniagaan keluarga Cina beberapa tahun lalu. Ramai mungkin tidak sedar atau terlepas pandang bahawa kebanyakan syarikat Cina di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara adalah... Klik di sini untuk terus membaca

SAYA mula membaca dan mengulas mengenai ancaman kepada kesinambungan perniagaan keluarga Cina beberapa tahun lalu. Ramai mungkin tidak sedar atau terlepas pandang bahawa kebanyakan syarikat Cina di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara adalah perniagaan keluarga.

Kini boleh dikatakan semua empayar korporat itu sudah memasuki era generasi ketiga dan dikhuatiri akan mula diancam pemberontakan oleh ahli generasi tersebut, khususnya apabila pengasas sudah tak berdaya atau meninggal dunia.

Ada satu lagi kategori istimewa yang bergantung kepada pengasas iaitu perniagaan legasi – lesen diberikan khusus kepada pengasas dan atas nama beliau. Ia berlaku dalam sektor perbankan.

Beberapa empayar perniagaan keluarga telah mula memperlihatkan tanda perpecahan.

Kebanyakannya berlaku di belakang tabir tetapi sudah ada secara terbuka di mahkamah untuk menuntut harta ditinggalkan. Selalunya harta itu dipegang oleh pentadbir harta.

Tee Keong ialah anak lelaki pertama Goh Tong yang diisytiharkan muflis kerana gagal membayar RM200 juta hutang dan meninggal pada 2014.

Menurut media, tabung amanah itu ditubuhkan Goh Tong apabila Tee Keong diisytiharkan muflis.

Dalam kes lain, dua cucu Goh Tong mengemukakan saman bagi menuntut harta ditinggalkan mendiang ibu mereka, Lim Siew Kim berjumlah RM1.6 bilion. Dua daripada empat anak Siew Kim iaitu Chan Tshiao Li dan Kimberly Chan mengemukakan saman tersebut terhadap pentadbir harta mendiang ibu mereka.

Mereka mendakwa ketika membuat wasiat menyerahkan sebahagian besar hartanya kepada Yayasan Dikim, ibu mereka sudah tidak berdaya kerana kesan ubat yang teruk. Dengan itu, mereka mendakwa Siew Kim meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat sah.

Yayasan Dikim ialah yayasan ditubuhkan Siew Kim dengan mendiang suaminya, Dick Chan Teik Huat pada 1983. Mendiang semasa hayatnya ialah pengasas dan pemenang saham utama syarikat tersenarai, Metroplex Berhad.

Ketika meninggal dunia tahun lalu, beliau masih pengerusi bukan eksekutif syarikat perladangan tersenarai di Pasaran Saham London, Anglo Eastern Plantations PLC.

Menurut akhbar The Edge, antara harta utama pernah dimiliki oleh Metroplex ialah Wisma Central dan Wisma Equity di Jalan Ampang serta The Mall dan Putra Place bersebelahan Pusat Dagangan Dunia.

Ketika pandemik, Siew Kim mendermakan penggunaan hotel Grand Seasons di Jalan Pahang kepada kerajaan bagi tujuan memerangi wabak tersebut.

Kes mahkamah itu seperti ditegaskan jurucakap Genting tidak melibatkan atau menjejaskan aset korporat serta operasi Kumpulan Genting.

Empayar diasaskan bersama Allahyarham Tan Sri Mohamed Noah Omar itu kini diuruskan salah seorang daripada dua anak lelaki Goh Tong iaitu Kok Thay, sementara Chee Wah cergas membangunkan aset di China.

Empayar perniagaan keluarga Goh Tong bukanlah satu-satunya yang mengalami masalah perebutan harta. Dalam sejarah Malaysia, ada empayar perniagaan keluarga orang Cina yang pecah atau dibahagi-bahagikan kerana berlaku perebutan harta atau mengelak permusuhan.

Antara sebab utama pemberontakan generasi ketiga adalah kaedah pembahagian harta oleh ketua keluarga (patriarch) yang juga pengasas. Bagi mengelak empayar pecah dan anak cucu bertelingkah, ketua keluarga menggunakan kaedah amanah keluarga (family trust) untuk memegang saham dan harta lain bagi pihak penerima.

Bergantung kepada saiz empayar, amanah keluarga boleh mencapai nilai ratusan juta ringgit bagi setiap penama. Maka, tentulah ada dalam kalangan penerima yang mahu mengambil keluar duit yang banyak itu untuk memulakan perniagaan sendiri atau berjoli.

Boleh jadi, sebab kaedah kawalan ke atas aset dan pemilikan itulah, maka empayar perniagaan Cina tertumpu kepada kepakaran asas, misalnya pembinaan, judi dan kewangan. Mereka kurang berkembang ke bidang baharu yang canggih.

Ditakdirkan empayar perniagaan keluarga orang Cina itu pecah, ia akan memberi kesan besar kepada ekonomi negara. Ada pendapat mengatakan empayar tersebut perlu diselamatkan, khususnya yang mendapat kontrak, konsesi dan monopoli daripada kerajaan bernilai ratusan bilion ringgit setahun.

Antara caranya menggalakkan tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Nasional Berhad membelinya.

Kemungkinan empayar itu pecah dan jatuh ke tangan orang asing tidak patut ditolak bulat-bulat.

Lagipun, kalau ia boleh berlaku kepada syarikat Cina, apatah lagi konglomerat Melayu yang sedikit bilangannya dan masih setahun jagung.

* Datuk A Kadir Jasin ialah Tokoh

Wartawan Negara

Klik di sini untuk terus membaca