PADA 19 November 2022, satu sejarah baharu tercipta dalam menelusuri perubahan landskap politik siasah tanah air. Blok gabungan parti yang bertanding berdepan suasana kecelaruan arena politik luar biasa kerana tidak ada parti gabungan... Klik di sini untuk terus membaca

PADA 19 November 2022, satu sejarah baharu tercipta dalam menelusuri perubahan landskap politik siasah tanah air. Blok gabungan parti yang bertanding berdepan suasana kecelaruan arena politik luar biasa kerana tidak ada parti gabungan memiliki majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

Kerjasama antara beberapa blok dimeterai agar penubuhan kerajaan dapat dilakukan dengan tersusun dan lancar. Ia dikemudikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, blok yang mempunyai bilangan kerusi paling besar berbanding blok lain.

Mediasi membawa kepada penubuhan Kerajaan Perpaduan. Ia turut melibatkan kolaboratif antara parti UMNO dan DAP yang kini masih terus menjadi tumpuan termasuklah pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.

Oleh sebab tiada musuh atau kawan yang tetap dalam politik, kesediaan kedua-dua parti tersebut untuk bersama di bawah kepimpinan Anwar adalah antara yang dianggap satu keajaiban dalam dunia politik Malaysia.

Anwar yang sering menjadi ‘gam’ antara seteru politik sebelum ini seperti PKR, Pas dan DAP berjaya sekali lagi memainkan peranan tersebut untuk membawa UMNO serta DAP di bawah kepimpinannya.

Apakah dilema UMNO dan DAP sebenarnya? Mengapa ia masih menimbulkan keraguan dalam kalangan penyokong dan pesaing politik masing-masing? Apakah musuh politik wajar bermusuh selamanya tatkala ‘gencatan’ dan ‘kedamaian‘ politik dihulur sebagai ramuan baharu dalam dunia politik yang semakin bersifat dinamik?

Sememangnya tidak dapat disangkal kesukaran mencari kemesraan tetapi ia tidak mustahil jika masing-masing melihat inilah wajah baharu untuk Malaysia.

Sementara itu, bagi DAP, yang diperjuangkan sering dikaitkan dengan kesamarataan walaupun kini DAP mahu ‘masa silam dilupakan’ supaya pembinaan negara bangsa dapat dilakukan bersama walaupun dengan musuhnya dahulu.

Zaman berubah, pesaka bergilir. UMNO bersedia menerima kerjasama tersebut apabila ada jaminan bahawa perkara termaktub dalam perlembagaan dipegang teguh bersama. Kepatuhan kepada perlembagaan mendasari keupayaan untuk mencari titik noktah perbezaan.

MUSUH POLITIK

Timbul persoalan mengapa DAP dan Pas boleh bersama dalam Barisan Alternatif 1999-2001 serta kembali pada 2008-2015 di bawah Pakatan Rakyat tetapi sukar menerima keberadaan DAP dan UMNO?

Barangkali musuh politik jelas pada waktu itu ialah BN yakni pada 1999 iaitu selepas peristiwa pemecatan Anwar dan pada 2008, sekali lagi pascapembebasan Anwar. Kedua-duanya, DAP dan Pas bersedia bergerak bersama kerana musuhnya jelas.

Kini, siapakah musuh politik DAP dan UMNO? Adakah Perikatan Nasional (PN) dianggap musuh oleh sebahagian ahli UMNO atau rakan yang menjadi serpihan akibat desakan politik terlebih dahulu?

Pengukuhan kebersamaan boleh membawa pembaharuan ke atas polemik hubungan DAP dan UMNO.
Pengukuhan kebersamaan boleh membawa pembaharuan ke atas polemik hubungan DAP dan UMNO.
Pengukuhan kebersamaan boleh membawa pembaharuan ke atas polemik hubungan DAP dan UMNO.
Pengukuhan kebersamaan boleh membawa pembaharuan ke atas polemik hubungan DAP dan UMNO.
Pengukuhan kebersamaan boleh membawa pembaharuan ke atas polemik hubungan DAP dan UMNO.

Inilah dilema yang perlu dijelaskan di peringkat akar umbi. Aliran pola pengundian dalam kalangan ahli UMNO boleh menjadi penentu ke atas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti sama ada kekal bersama sifat walak kepada parti, terus melakukan protes atau tidak keluar mengundi.

PRN boleh menjadi referendum ke atas kerjasama dan personaliti parti. Pengundi kali pertama dan yang didaftar secara automatik tahu apa yang mereka mahukan. Suasana PRN juga seperti tiada PRN, seolah-olah pengundi sudah membuat keputusan.

Naratif 3R (Religion, Race, Ruler) akan menjadi tumpuan dan ini masanya bagi UMNO serta DAP menggali persamaan bagi membaluti keresahan penyokong masing-masing serta berdepan dengan sepadu beberapa warlord yang kini mahu ‘membakar kelambu kerana marahkan nyamuk’.

Pengukuhan kebersamaan boleh membawa pembaharuan ke atas polemik hubungan DAP dan UMNO. Barangkali ia juga bergantung kepada Anwar sendiri yang menjadi pemangkin kepada hubungan DAP dan Pas sebelum ini. Apatah lagi Anwar pernah bersama UMNO 25 tahun lalu dan kehadiran Anwar di PAU 2023 membawa mesej yang jelas yakni let’s move on.

* Profesor Dr Sivamurugan Pandian,

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia

Klik di sini untuk terus membaca