SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menepis dakwaan segelintir pihak bahawa proses untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) melibatkan kos yang tinggi, rumit serta memakan masa yang lama. Ketua Penolong... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menepis dakwaan segelintir pihak bahawa proses untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) melibatkan kos yang tinggi, rumit serta memakan masa yang lama.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Mohd Fakarudin Mas’od berkata, kos untuk mendapat sijil halal daripada Jakim amat berpatutan iaitu serendah RM100 sehingga RM1,000 setahun bergantung kepada jenis industri.

"Contohnya, harga yang dikenakan untuk premis perniagaan besar hanyalah RM200 bagi tempoh dua tahun.

"Bagi industri mikro seperti gerai jalanan, kami hanya mengenakan bayaran sebanyak RM100 untuk pensijilan halal,” katanya. Tambahnya, isu bayaran yang tinggi untuk mendapatkan sijil halal daripada Jakim muncul apabila wujudnya orang tengah atau pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan terhadap peniaga.

"Faktor yang menyebabkan sijil itu menjadi mahal adalah apabila mereka menggunakan pihak ketiga seperti konsultan untuk mendapatkan sijil dengan segera.

"Pihak Jakim ingin menegaskan bahawa kami tidak mengiktiraf mana-mana konsultan atau pihak ketiga untuk mendapatkan sijil halal. Permohonan mestilah dilakukan secara terus kepada Jakim,” jelasnya.

Mohd Fakarudin turut menyangkal dakwaan bahawa proses untuk mendapatkan sijil halal sangat rumit.

Ujarnya, perkara itu boleh dielakkan jika peniaga mengikuti latihan, mempunyai dokumen yang lengkap serta mengikuti syarat yang ditetapkan.

Mengenai isu pemohon yang mengambil masa yang lama untuk mendapat logo halal, katanya ia disebabkan mereka tidak mempunyai dokumen yang lengkap atau tidak memenuhi syarat ditetapkan.

"Kami pernah luluskan permohonan sijil dalam tempoh seminggu sahaja. Biasanya, sijil halal akan lulus dalam tempoh 30 hari bekerja,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca