SHAH ALAM - Syarikat KyoChon 1991 Malaysia (KyoChon), percaya Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah standard keselamatan makanan terbaik dan diiktiraf di seluruh dunia. Ketua Pegawai... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Syarikat KyoChon 1991 Malaysia (KyoChon), percaya Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah standard keselamatan makanan terbaik dan diiktiraf di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Terry Goh berkata, memperoleh sijil halal daripada Jakim penting bagi syarikat bukan bumiputera mahupun bumiputera untuk meyakinkan semua pelanggan bahawa makanan yang dihidangkan bersih, suci dan selamat.

"Dengan sijil halal Jakim, ia meningkatkan keyakinan pelanggan bukan sahaja dalam kalangan Muslim, bahkan semua orang yang faham akan konsep halal sebagai standard keselamatan makanan terbaik dunia.

"Saya percaya, ia juga akan membawa perniagaan kita ke peringkat yang lebih tinggi.

"Matlamat kami bukan sahaja mahu menjadi premis bebas alkohol dan daging khinzir, tetapi sebuah perniagaan dipercayai dari segi keselamatan serta kebersihan secara keseluruhan,” katanya kepada Sinar Premium.

Ujarnya, cabaran terbesar bagi syarikat KyoChon untuk mendapatkan sijil halal Jakim adalah bahan-bahan mentah yang diimport dari luar negara.

"Hanya ayam, nasi dan tepung diambil di Malaysia, manakala bahan lain diterbangkan khas dari Korea termasuk kimchi, minyak, sos dan serbuk perasa.

"Kami mahu memastikan bahan makanan yang diimport bebas daripada kandungan yang boleh mencetuskan kecurigaan halal di samping mengekalkan rasa makanan Korea yang asli,” jelasnya.

Berkongsi pengalaman syarikat dalam mendapatkan sijil halal, Terry berkata, ia bukanlah satu perjalanan yang mudah, namun melibatkan proses yang adil dan berbaloi untuk diperjuangkan.

"Kami ambil masa lebih kurang enam bulan untuk melalui proses persiapan mendapatkan sijil halal Malaysia kerana melibatkan pihak berkepentingan dari Korea dan kekangan Covid-19.

"Namun, sejak jenama ini dilancarkan di Malaysia pada Disember 2013, pensijilan halal Jakim sentiasa menjadi matlamat penting yang kami peroleh.

"Kini, KyoChon menjadi rangkaian ayam goreng Korea antarabangsa pertama yang mendapat pengiktirafan halal Jakim dan kami amat berbangga,” katanya.

Matlamat KyoChon bukan sahaja mahu menjadi premis yang bebas alkohol dan daging khinzir, tetapi sebuah perniagaan yang boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kebersihan secara keseluruhannya.

Terdahulu, matlamat dan misi untuk memiliki SPHM daripada Jakim tercapai apabila 15 cawangan KyoChon iaitu 10 buah di Selangor, masing-masing dua di Johor dan Pulau Pinang serta satu di Negeri Sembilan, disahkan halal pada 12 Mei yang lalu.

Cawangan terbabit adalah di 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid, Setia City Mall, IPC Shopping Centre, IOI Mall Puchong, Central i-City, Bangi Seksyen 9, Bandar Botanik Klang, Prima Sri Gombak, Cheras Traders Square, Johor Bahru City Square dan The Mall Mid Valley Southkey, AEON Mall Nilai, Arena Curve Pulau Pinang dan Sentral Jaya Pulau Pinang.

Setakat ini, kesemua restoran mereka telah pun menjalani proses pengauditan Jakim yang mana 10 lagi cawangan bakal disahkan halal.

Terry turut menyangkal tuduhan segelintir pihak yang mendakwa proses untuk mendapatkan sijil halal Jakim melibatkan kos yang tinggi, rumit serta memakan masa yang lama.

"Dunia kini memandang Malaysia sebagai sebuah negara peneraju kepada industri halal.

"Nilai pensijilan halal Malaysia merupakan antara yang terbaik dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

"Sekiranya Jakim tidak meletakkan standard yang tinggi, maka kualiti serta nilai sijil tersebut sudah tidak bermakna dan semua orang boleh mendapat status halal dengan sewenang-wenangnya.

"Saya percaya perkara yang baik tidak mudah untuk dicapai dan perkara yang mudah untuk dicapai adalah tidak baik,” jelasnya.

Mengulas lanjut tentang perniagaan yang menggunakan istilah pork free tanpa mempunyai logo halal yang sebenar, Terry menegaskan ia sesuatu yang masih perlu diragui oleh pelanggan terutamanya dari segi kebersihan.

"Katakan, ada premis yang bebas daripada menjual daging khinzir tetapi membasuh pinggan di longkang atau membiarkan makanan di atas lantai, adakah makanan itu benar-benar halal untuk dimakan?

"Bagi KyoChon, apabila kami menetapkan matlamat untuk mendapatkan cop halal, kami akan memastikan sekecil-kecil perkara seperti pembersihan, kegunaan pinggan mangkuk, penyimpanan makanan serta tiada haiwan perosak dalam premis agar pelanggan yakin dan tidak mengalami sakit perut selepas menikmati hidangan,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca