SHAH ALAM - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menggesa kerajaan untuk melaksanakan Pelan Tindakan Pendidikan Kebangsaan pasca Covid-19 bagi menangani masalah kadar keciciran sekolah khususnya di peringkat menengah. Beliau berkata,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menggesa kerajaan untuk melaksanakan Pelan Tindakan Pendidikan Kebangsaan pasca Covid-19 bagi menangani masalah kadar keciciran sekolah khususnya di peringkat menengah.

Beliau berkata, perkara itu telah disuarakannya di Parlimen, media, mahupun di mana-mana forum awam sejak tahun 2021.

"Apakah indikator yang menunjukkan bahawa kemiskinan kita di tahap yang parah sehingga menjejaskan pelajaran dan adakah kemiskinan ini merupakan satu fenomena yang baharu ataupun ia telah ada buat sekian lama?

"Justeru, jika ia adalah impak langsung dampak wabak Covid-19 menghempuk ekonomi negara, maka itulah sebab utama dan kesan berangkai yang tidak hanya khusus kepada pendidikan,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Berikutan itu, Maszlee menegaskan bahawa kerajaan perlu melaksanakan satu pendekatan holistik dan bersepadu untuk menangani masalah tersebut.

Menurutnya, pelan tindakan pendidikan berkenaan juga perlu dirangka oleh sekumpulan pakar daripada pelbagai bidang.

"Tidak kira ideologi, politik, kementerian dan kepakaran demi peri pentingnya permasalahan tersebut kepada masa depan negara.

"Malah, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga telah menitahkan perkara yang sama demi menyelamatkan masa depan pendidikan negara,” jelas beliau.

Menurut Maszlee, beliau sebelum ini telah mengemukakan penyataan polisi berupa pelan jangka masa panjang pendidikan pasca Covid-19 yang komprehensif kepada kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Tetapi malangnya, Perdana Menteri dan Menteri KPM pada waktu itu hanya memekakkan telinga dan lebih sibuk berpolitik,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca