MEMANG nampak garang Ketua Pemuda UMNO yang minta DAP mohon maaf secara terbuka tentang kenyataan pernah dibuat oleh parti itu terhadap UMNO.
Ketua-ketua Pemuda UMNO sebelum beliau, nampak macam menyorokkan kuku, tapi beliau nampak lain.
Awang faham juga reaksi Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang harap Pemuda move on. Ini bukan masanya nak ungkit kisah lama.
Sekarang UMNO dan DAP dalam satu kerajaan. Maka, kenalah cari jalan untuk bergerak ke hadapan untuk kekalkan kekuatan kerajaan yang ada.
Jikalau nak kira perlu minta maaf, apa yang Tuk Seri PM tak kata pasal UMNO? Selama 25 tahun, dia musuhi UMNO. Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang baru, beliau hadir. Maknanya semua pihak dah move on.
Masa Tan Sri Muhyiddin keluar kerajaan dan tubuhkan Bersatu, apa yang dia tak kata pada UMNO dan pemimpin UMNO?
Masa PKR jadi pembangkang, apa yang PKR dan pemimpinnya tak kata UMNO?
Masa Pas dan UMNO bergabung dalam kerajaan semasa Tuk Seri Ismail, apa yang Pas sebelum itu tak kata pada UMNO?
Pendeknya, tak ada sudahnya nak bangkit cerita lama. Ibarat kata orang luka lama boleh berdarah kembali.
Klik di sini untuk terus membaca