AWANG setuju cadangan Tuk Seri PM agar beban Jabatan Kerja Raya (JKR) dikurangkan. Memang selama ini JKR banyak tugas dan tanggungjawab. Semua projek mega, besar dan kecil tertumpu pada mereka. JKR ada peranan melaksanakan projek... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG setuju cadangan Tuk Seri PM agar beban Jabatan Kerja Raya (JKR) dikurangkan.

Memang selama ini JKR banyak tugas dan tanggungjawab. Semua projek mega, besar dan kecil tertumpu pada mereka.

JKR ada peranan melaksanakan projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur pada semua peringkat.

Tuk Seri PM umumkan cadangan pejabat daerah akan ambil alih projek kecil.

Misalnya projek baik pulih sekolah, perbetul klinik daif, urus tandas, buat parit dan lain-lain.

Awang setuju juga dengan pandangan NGO yang bimbang dengan memindahkan projek kecil pada jabatan atau pejabat daerah akan tambah kes rasuah.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim kata, pejabat daerah juga merupakan tempat berisiko tinggi berlakunya amalan rasuah.

Buat masa ini, banyak aduan tentang kes rasuah di peringkat kerajaan tempatan.

Maklumlah di tempat macam itu, banyak juga Napoleon Kecil yang menangguk di air keruh.

Oleh sebab itu, banyak pihak mahukan mekanisme yang betul untuk elak soal kronisme dan rasuah.

Banyak pengalaman setakat tak meyakinkan orang ramai bahawa jabatan dan pejabat daerah boleh melaksanakannya secara telus.

Tentulah tak semua jabatan dan pejabat daerah yang begitu, tapi sebuah atau dua punya angkara sudah cukup untuk memalitkan lumpur pada semua.

Klik di sini untuk terus membaca