JEMPOL - Berdepan masalah kewangan selain mahu menguruskan adik-adiknya ketika pandemik Covid-19 menyebabkan anak kedua daripada lapan beradik mengambil keputusan untuk tidak menyambung persekolahan. Muhammad Haikal Hadwan Sah, 18, hanya... Klik di sini untuk terus membaca

JEMPOL - Berdepan masalah kewangan selain mahu menguruskan adik-adiknya ketika pandemik Covid-19 menyebabkan anak kedua daripada lapan beradik mengambil keputusan untuk tidak menyambung persekolahan.

Muhammad Haikal Hadwan Sah, 18, hanya belajar hingga Tingkatan Tiga dan kemudian mengikut bapanya, Hadwan Sah Mohamed, 43, bekerja sambilan dalam bidang pertukangan dan pembinaan.

Menurut ibunya, Hamira Adylia Mohd Nasir, 39, anaknya itu nekad berhenti sekolah selepas melihat arwah ibu tirinya, Rossilawati Abd Kadir disahkan menghidap kanser usus yang memerlukan penjagaan rapi.

"Ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) Haikal pun tidak dapat ke sekolah, ditambah pula saya dan suami perlu uruskan arwah ibu tiri mereka.

"Jadi, dia bersama abang sulungnya bergilir-gilir uruskan adik-adik. Selepas sekolah secara bersemuka dibenarkan, dia pula hilang fokus serta buntu memikirkan adik-adiknya dan masalah kewangan keluarga,” katanya.

Belajar agama di pondok selepas ibu bapa berpisah

Sementara itu di Melaka, kesempitan hidup dan masalah keluarga yang dihadapi menyebabkan seorang pemuda enam beradik tidak dapat meneruskan pembelajarannya di sebuah sekolah menengah di Terengganu.

Danish Atib Aswadi, 19, yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan mengakui hanya belajar di Tingkatan Satu sahaja berikutan tiada semangat untuk ke sekolah selepas ibu bapa berpisah.

Bagaimanapun, dia kemudian mengikuti pengajian ilmu agama di sebuah pondok hingga usianya 17 tahun.

Danish Atib bersyukur dapat menyertai warga SWM Environment.

"Walaupun tidak berpeluang menghabiskan pendidikan di sekolah tapi saya bernasib baik kerana SWM Environment Sdn Bhd terima saya bekerja sebagai pekerja pembersihan sejak setahun lalu.

"Sekurang-kurangnya dengan gaji yang saya dapat ini boleh bantu meringankan beban keluarga dan lima adik saya termasuk tiga yang masih bersekolah meneruskan pengajian,” katanya yang menetap bersama bapa dan ibu tiri di Kampung Lapan, Bachang Melaka.

Ujarnya, biarpun mempunyai hasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran pendawaian elektrik, namun dia terpaksa melupakan impian itu dahulu demi melihat adik-adiknya bersekolah.

Klik di sini untuk terus membaca