SHAH ALAM - Rakyat Kedah perlu bijak menilai prestasi dan kemajuan dicapai kerajaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas Perikatan Nasional (PN) merampas kuasa pentadbiran negeri itu, sejak tahun 2020. Pengerusi... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Rakyat Kedah perlu bijak menilai prestasi dan kemajuan dicapai kerajaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas Perikatan Nasional (PN) merampas kuasa pentadbiran negeri itu, sejak tahun 2020.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, biarpun sudah menjadi kerajaan negeri kira-kira tiga tahun, namun tidak banyak kemajuan dan pembangunan berjaya dilaksanakan Pas di Kedah hingga hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, keadaan itu menjadi semakin teruk apabila Sanusi dikatakan lebih suka bermain politik dan mencari musuh berbanding menjaga hubungan dengan kerajaan Persekutuan supaya pelbagai program pembangunan termasuk projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dapat disiapkan mengikut jadual.

Justeru, Mahfuz berkata, peluang gabungan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas semula Kedah daripada PN yang dipimpin Pas ketika ini.

"Malah, tindakan PH dan BN memperkenalkan slogan ‘kalih bagi sama’ iaitu untuk membentuk kerajaan negeri Kedah yang sealiran dengan kerajaan Persekutuan menyebabkan Sanusi mula berasa gelabah dan tidak senang duduk kerana bimbang hilang jawatan Menteri Besar selepas PRN nanti.

"Keadaan itu menjadi semakin kritikal kerana rakyat boleh melihat dengan mata sendiri, bahawa tiada peluang pekerjaan, perubahan dan pembangunan besar dibuat PN, biarpun pelbagai janji manis ditabur mereka semasa baru mengambil alih Kedah, tiga tahun lalu," katanya kepada Sinar Premium.

Pecahan 36 kerusi DUN di Kedah.
Pecahan 36 kerusi DUN di Kedah.

Mahfuz berkata, perkara itu menunjukkan kerajaan negeri pimpinan Sanusi gagal membina hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan sekali gus menyebabkan pelabur takut mahu melabur di Kedah ketika ini.

Beliau juga berkata, semua kakitangan kerajaan Persekutuan mahu pun agensi kerajaan negeri juga boleh menilai prestasi Menteri Besar susulan tindakan Sanusi yang suka mengeluarkan kontroversi dan melancarkan 'perang dingin' pemimpin kerajaan pusat.

"Orang Kedah juga perlu bertanya kepada kerajaan negeri ke manakah pergi peruntukan berbilion ringgit diluluskan kerajaan Persekutuan sebelum ini kerana sehingga kini masalah gangguan bekalan air masih berterusan di Kedah" katanya.

Dalam pada itu, Mahfuz mengesahkan proses pembahagian kerusi antara PH-BN di Kedah kini berjalan lancar dan dijangka selesai sepenuhnya pada minggu ini.

Katanya, PH dan BN tidak berhadapan masalah pembahagian kerusi kerana masing-masing mempunyai titik persamaan iaitu mahu memastikan Kedah dipimpin kerajaan yang sama dengan Persekutuan.

"Proses pembahagian kerusi antara PH-BN berjalan lancar kerana ia diterima oleh ahli dan pemimpin akar umbi kedua-dua gabungan parti politik kerana kami ialah merampas Kedah supaya pentadbiran kerajaan negeri seiring dengan kerajaan Perpaduan di Putrajaya," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca