GELI hati pun ada apabila Awang baca komen Tuk Kadir Jasin. Beliau kata, kalau semua orang boleh dapat kebenaran untuk melawat banduan, eloklah Jabatan Penjara jadikan penjara pusat pelancongan. Ini ekoran kenyataan Menteri Dalam Negeri... Klik di sini untuk terus membaca

GELI hati pun ada apabila Awang baca komen Tuk Kadir Jasin.

Beliau kata, kalau semua orang boleh dapat kebenaran untuk melawat banduan, eloklah Jabatan Penjara jadikan penjara pusat pelancongan.

Ini ekoran kenyataan Menteri Dalam Negeri tentang lawatan Tuk Seri Zahid ke sana, menemui Tuk Seri Bossku mantan PM.

Zahid sendiri mendedahkan dalam PAU yang terbaru bahawa beliau telah bertemu dan bersarapan bersama Najib selama dua jam.

Susah payahlah Tuk Seri Saifuddin nak bagi justifikasi kenapa hal itu boleh berlaku.

Ekoran penjelasan itu, banyaklah komen negatif tentang tindakan Saifuddin. Ada yang kata tak patut ada double-standard.

Banduan tak patut dibawakan makanan kegemarannya oleh mana-mana pelawat yang bukan ahli keluarga.

Maka, banyaklah yang kata konsep Kerajaan Madani bukan semestinya prisoner-friendly, dengan izin.

Awang juga rasa kerajaan harus berhati-hati dalam soal ini. Dan orang kenamaan yang dapat melawat patutnya janganlah menambah masalah dengan membesar-besarkan cerita lawatan.

Semua orang termasuk orang kenamaan patut ikut peraturan.

Memang menteri boleh menggunakan kuasa mengizinkan tapi sensitiviti rakyat harus juga diambil kira.

Bossku bukan tahanan politik, tapi penjenayah yang didapati bersalah dalam kes skandal 1MDB.

Klik di sini untuk terus membaca