AWANG tak mahu nak pertikai berapa jumlah sebenarnya yang tak ambil peperiksaan SPM tahun lalu. Angka yang tepat khabarnya 29,663 orang daripada 388,832 yang mendaftar.
Memanglah kita semua terkejut mengapa begitu ramai yang tak ambil peperiksaan.
Awang harap semua pihak buka mata. Tak usahlah salah menyalah satu sama lain. Menteri pendidikan yang dulu pun buat sidang media pertikai angka yang diberikan.
Bagi Awang ini isu serius. Rakyat nak tahu mengapakah anak-anak muda harapan negara tidak ambil peperiksaan yang amat penting bagi mereka? Khamis lepas, surat khabar ini ada bawa berita muka depan tentang alasan pelajar tak habiskan persekolahan. Banyaklah puncanya.
Antaranya nak sara keluarga, kemiskinan, ketagih internet, tak minat belajar dan sekolah jauh dari tempat tinggal.
Awang harap isu ini tak usahlah jadi modal politik. Patutnya semua pihak bekerjasama cari jalan atasi masalah berkenaan.
Awang nak cadangkan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh semua parti serta NGO untuk teliti isu ini.
Buat cadangan macam mana nak elak dari berulang kisah hampir 30,000 pelajar tak ambil peperiksaan dan begitu banyak pelajar tak habiskan persekolahan mereka.
Carilah penyelesaian bersama. Ini soal masa depan anak-anak kita. Bukan bahan politik murahan.
Klik di sini untuk terus membaca