TEMERLOH - Isu kenaikan harga ikan turut berlaku di Pahang apabila ikan kembung yang biasa dijual sekitar RM12 sekilogram naik antara RM18 sehingga RM24 sekilogram mengikut gred. Tinjauan Sinar Ahad di pasar di daerah ini juga mendapati... Klik di sini untuk terus membaca

TEMERLOH - Isu kenaikan harga ikan turut berlaku di Pahang apabila ikan kembung yang biasa dijual sekitar RM12 sekilogram naik antara RM18 sehingga RM24 sekilogram mengikut gred.

Tinjauan Sinar Ahad di pasar di daerah ini juga mendapati harga ikan pelaling dan selayang, masing-masing dijual pada harga RM18 serta RM16 sekilogram, lebih mahal berbanding sebelum ini.

Peniaga, Fizree Marizi, 37, berkata, hanya ikan seperti aya, lolong dan cencaru masih boleh diperoleh di bawah harga RM15 sekilogram.

Fizree

Fizree yang sudah 15 tahun berniaga bagaimanapun berkata, harga ditetapkan minggu ini lebih murah berbanding minggu sebelumnya.

Seorang lagi peniaga, Tiger Chew, 45, berkata, ikan merah yang dijualnya mencecah RM25 berbanding RM18 sekilogram minggu lalu, manakala tenggiri naik kepada RM50 berbanding RM45 sekilogram sebelum ini.

Tiger Chew
Tiger Chew

"Memang pelanggan merungut tapi nak buat macam mana? Kenaikan harga tidak dapat elak,” katanya.

Sementara itu, di SEREMBAN, peniaga juga mengakui berlaku kenaikan harga ikan sejak kebelakangan ini sekitar RM2 hingga RM5.

Pengusaha Pasar Online N9, Muhammad Safwan Mohd Ghazali berkata, antara yang naik harga ialah ikan selayang daripada RM10.50 sekilogram kepada RM15, selain kembung daripada RM14 kepada RM17 dan tongkol daripada RM11 kepada RM15.

Muhammad Safwan mengakui berlaku kenaikan harga ikan sejak kebelakangan ini.
Muhammad Safwan mengakui berlaku kenaikan harga ikan sejak kebelakangan ini.
Muhammad Safwan mengakui berlaku kenaikan harga ikan sejak kebelakangan ini.

"Pemborong turut beritahu bahawa nelayan kurang turun ke laut disebabkan cuaca. Mereka terpaksa berfikir banyak kali sebelum membelinya,” kata Muhammad Safwan.

Klik di sini untuk terus membaca