BANGI - Pemilihan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mengetuai kempen Perikatan Nasional (PN) untuk merampas Selangor daripada Pakatan Harapan (PH) amat bersesuaian memandangkan dirinya begitu dekat dengan rakyat negeri ini. Ahli Parlimen... Klik di sini untuk terus membaca

BANGI - Pemilihan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mengetuai kempen Perikatan Nasional (PN) untuk merampas Selangor daripada Pakatan Harapan (PH) amat bersesuaian memandangkan dirinya begitu dekat dengan rakyat negeri ini.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, selaku bekas Menteri Besar Selangor, salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Ketua Penerangan PN, tiada siapa boleh mempertikaikan kewibawaan serta kepimpinan Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu.

Justeru, Wan Saiful yakin gabungan kepimpinan Azmin dan ramai lagi tokoh ternama lain dapat membantu PN menewaskan dominasi PH di Selangor.

"Nak kata 100 peratus PN akan menang di Selangor susah namun peluang kita merampas kerajaan negeri amat tinggi kerana gelombang hijau atau kebangkitan rakyat masih ada.

"Rakyat Selangor yang terdiri daripada golongan cerdik pandai dan berpendidikan juga boleh menilai sendiri prestasi kerajaan campuran di Putrajaya sekarang," katanya kepada Sinar Premium ketika ditemui selepas pelancaran Jelajah Selangor Baharu di Bangi pada malam Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Wan Saiful menyerahkan kepada pucuk pimpinan PN untuk menentukan sama ada beliau bertanding atau tidak dalam PRN nanti.

Wan Saiful ketika berucap pada majlis pelancaran Jelajah Selangor Baharu di Bangi, malam Sabtu.
Wan Saiful ketika berucap pada majlis pelancaran Jelajah Selangor Baharu di Bangi, malam Sabtu.

Bekas Ketua Penerangan Bersatu itu berkata, sehingga kini beliau secara peribadi tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN nanti.

Bagaimanapun, Wan Saiful berkata, segala keputusan muktamad sama ada beliau bertanding atau tidak diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti.

"Apa yang penting kita perlu memastikan PN menang ketiga-tiga DUN di bawah Parlimen Bangi iaitu DUN Sungai Ramal, Kajang dan Balakong, pada PRN nanti," katanya

Sinar Premium pada 11 Jun lalu Wan Saiful disebut-sebut antara individu bakal bertanding atas tiket PN di Selangor, dalam PRN nanti.

Menurut sumber, Wan Saiful bakal bertanding bagi merampas kerusi DUN Sungai Ramal di bawah Parlimen Bangi yang kini disandang, Mazwan Johar dari Parti Amanah Negara (Amanah).

Dalam pada itu, Wan Saiful mengesahkan proses pengagihan kerusi antara parti komponen PN di Selangor kini hampir selesai sepenuhnya dan hanya menunggu masa sesuai untuk diumumkan.

Klik di sini untuk terus membaca