SHAH ALAM - Bukan bermakna mengangkat bendera putih sebelum bertanding, Kerajaan Perpaduan diterajui Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) terpaksa menerima hakikat, sukar menewaskan Pas yang telah menerajui kerajaan negeri... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Bukan bermakna mengangkat bendera putih sebelum bertanding, Kerajaan Perpaduan diterajui Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) terpaksa menerima hakikat, sukar menewaskan Pas yang telah menerajui kerajaan negeri Kelantan sejak 33 tahun lalu.

Tambahan pula pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, tiada satu pun kerusi Parlimen di negeri Kelantan dikuasai oleh PH-BN.

Di sebabkan itu, gabungan BN-PH mahu rakyat Kelantan memberi peluang supaya mereka menjadi pembangkang yang kuat di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Zawawi Othman berkata, biarpun sukar merampas Kelantan daripada Pas namun mereka optimis mampu merampas kerusi tertentu yang kini dikuasai Perikatan Nasional (PN).

Zawawi Othman
Zawawi Othman


"Mereka tidak boleh berikan PN dan Pas mendapat majoriti dua pertiga bagi membolehkan BN-PH memainkan peranan semak dan imbang dengan lebih berkesan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan nanti," katanya kepada Sinar Premium.

Pada 14 Jun lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan kerajaan negeri akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Kelantan mempunyai 45 kawasan DUN di mana pada PRU14 lalu, Pas menang 37 kerusi sekali gus mengekalkan tampuk pentadbiran negeri sejak tahun 1990.

Sementara itu BN memperoleh lapan kerusi namun satu kerusi milik parti itu jatuh ke tangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar daripada UMNO.

Beri peluang

Menurut Zawawi, rakyat Kelantan perlu memberi peluang kepada BN-PH pada PRN nanti kerana beberapa kegagalan kerajaan pimpinan Pas, antaranya gagal menyediakan peluang pekerjaan mencukupi sehingga menyebabkan ramai anak watannya terpaksa menganggur atau berhijrah ke negeri lain untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Katanya, Pas juga gagal melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang dicanangkan kepada rakyat sejak mereka mengambil alih kerajaan negeri sehingga Kelantan digelar 'Negeri Batu Asas'.

Zawawi turut kecewa dengan kegagalan kerajaan negeri menangani isu air biarpun ia tanggungjawab pihak berkuasa untuk menyediakan bekalan mencukupi untuk keperluan rakyat Kelantan pada setiap masa.

"Apa yang dicanangkan oleh Pas mengenai slogan 'Membangun Bersama Islam' bukan hanya tidak betul malah jauh sekali kerana hanya retorik politik semata-mata," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca