PELUANG gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk merampas Terengganu daripada Pas dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu tidak lama lagi, adalah '50-50'. Selain itu, Pengerusi Gerakan... Klik di sini untuk terus membaca

PELUANG gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk merampas Terengganu daripada Pas dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu tidak lama lagi, adalah '50-50'.

Selain itu, Pengerusi Gerakan Harapan Baharu Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad juga mendedahkan bahawa proses perbincangan mengenai agihan kerusi antara PH dan BN dijangka selesai sepenuhnya pada minggu ini.

Bagaimanapun, beliau tidak boleh mendedahkan jumlah kawasan bakal ditandingi mereka pada PRN nanti atas faktor menghormati keputusan akhir yang bakal diambil pucuk kepimpinan PH di peringkat Pusat kelak.

Menurutnya, beliau menganggap peluang koalisi itu '50-50' adalah disebabkan PH-BN gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), justeru ada kemungkinan gelombang sama mungkin akan turut menyusul pada PRN negeri itu kelak.

"Dari segi pengundi luar, kebanyakan mereka merupakan penyokong Pas terutama golongan pengundi muda. Sekiranya kadar peratusan pengundi luar pulang mengundi pada PRN kali ini mencapai tahap setinggi PRU15, itu pun menyukarkan peluang PH-BN untuk merampas Terengganu," katanya kepada Sinar Premium pada Isnin.

Cipta kejutan

Di sebalik cabaran dihadapi gabungan BN-PH di Terengganu, Raja Kamarul Bahrin yakin kombinasi peletakan calon berkualiti selain kerjasama erat jentera BN-PH di peringkat akar umbi bakal menjadi kunci koalisi perdana itu untuk mencipta kejutan terhadap PN.

Selain itu, beliau turut percaya sebahagian besar rakyat Terengganu mula menolak pentadbiran PN dan Pas disebabkan isu kelemahan tadbir urus kerajaan negeri terutama dalam pengurusan tanah rizab Melayu dan pemberian tanah kepada kroni tertentu.

Dakwa Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu itu, isu pemberian tanah kepada kroni bukan perkara baharu, malah sudah menjadi kelaziman selepas Pas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada PRU14 lalu.

"Rakyat juga kena sedar bahawa kerajaan pimpinan Pas bukan hanya gagal membawa projek pembangunan infrastruktur, malah mereka tidak dapat menangani masalah bekalan air yang sering terputus di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sejak kebelakangan ini.

"Malah, biarpun bekalan air di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus terputus selama beberapa minggu, namun tiada kesungguhan ditunjukkan kerajaan negeri bagi menghalang perkara sama berulang," kata beliau.

Klik di sini untuk terus membaca