BARISAN Nasional (BN) Pulau Pinang menegaskan koalisi itu lebih fokus untuk membantu Kerajaan Perpaduan mengekalkan penguasaan pada pilihan raya negeri (PRN) nanti, berbanding memikirkan agihan jawatan negeri seperti Exco. Pengerusinya,... Klik di sini untuk terus membaca

BARISAN Nasional (BN) Pulau Pinang menegaskan koalisi itu lebih fokus untuk membantu Kerajaan Perpaduan mengekalkan penguasaan pada pilihan raya negeri (PRN) nanti, berbanding memikirkan agihan jawatan negeri seperti Exco.

Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, sejak dua kali rundingan kerusi pilihan raya dengan Pakatan Harapan (PH) negeri dan empat kali rundingan di peringkat Pusat yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, BN Pulau Pinang tidak pernah sesekali menimbulkan isu agihan jawatan kerajaan negeri sebagai antara syarat rundingan.

Sebaliknya, tegas beliau, fokus rundingan BN-PH di Pulau Pinang bersandarkan agihan kerusi pilihan raya dengan masih ada satu atau dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bertindih perlu diselesaikan.

Jelasnya, perbincangan jawatan kerajaan negeri antara BN-PH mungkin sesuai diadakan selepas agihan kerusi pilihan raya selesai. Bagaimanapun, ia bukan keutamaan BN Pulau Pinang.

Musa Sheikh Fadzir
Musa Sheikh Fadzir
Musa Sheikh Fadzir
Musa Sheikh Fadzir
Musa Sheikh Fadzir
Musa Sheikh Fadzir
Musa Sheikh Fadzir
Musa Sheikh Fadzir
Musa Sheikh Fadzir

"Saya boleh nyatakan rundingan kerusi pilihan raya antara BN-PH Pulau Pinang dijangka selesai tidak lama lagi.

"Kita ada sasaran jumlah kerusi DUN yang mahu ditandingi, bagaimanapun BN Pulau Pinang belum mengetahui jumlah sebenar yang diperoleh selagi rundingan akhir belum ada kata putus.

"Paling penting, fokus BN Pulau Pinang dalam soal rundingan kerusi PRN dengan PH bagi memastikan Kerajaan Perpaduan menang dahulu.

"Kita tidak pernah bincang isu agihan jawatan Exco kerajaan negeri dan sebagainya dalam rundingan itu,” ujarnya kepada Sinar Premium.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bahawa kerajaan negeri itu sedia mempertimbangkan pemberian jawatan kerajaan kepada BN, sekiranya koalisi itu membuktikan kemampuan memenangi kerusi DUN pada PRN di negeri itu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, PH menang 37 kerusi DUN dengan BN menang dua kerusi iaitu di Sungai Dua dan Permatang Berangan, manakala Pas menang di Penaga.

Susulan penjajaran politik ‘Langkah Sheraton’ pada tahun 2020, kerusi PH berkurang kepada 33 memandangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meninggalkan PH yang mana dua wakil rakyat PH menyertai Bersatu.

Pada PRU14, Bersatu menang di Bertam, Seberang Jaya, Sungai Acheh, dan Teluk Bahang, di bawah lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagaimanapun, kesemua kerusi itu diisytihar kosong susulan penguatkuasaan undang-undang anti lompat parti, menjadikan Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai satu kerusi milik Pas di Penaga.

PN dan Pas berkeyakinan untuk mencipta kejutan pada PRN Pulau Pinang, disebabkan koalisi itu buat pertama kali dalam sejarah berjaya menawan tiga kerusi Parlimen daripada keseluruhan 13 kerusi di negeri tersebut pada PRU15.

BN Pulau Pinang pula menerima nasib malang kerana buat pertama kali koalisi itu tewas di kesemua 13 kerusi ditandingi.

Mengulas lanjut, Musa mengakui masih ada sebilangan kecil ahli dan penyokong BN Pulau Pinang yang ragu-ragu dengan justifikasi keperluan koalisi itu bekerjasama dengan PH bagi membentuk Kerajaan Perpaduan di Putrajaya.

Ujarnya, kadangkala akar umbi UMNO sendiri terkeliru dengan menganggap UMNO dan BN menjadi sebahagian daripada parti komponen PH, susulan kerjasama politik dua koalisi tersebut terjalin.

Klik di sini untuk terus membaca