SALAH satu perangai buruk pemimpin politik Dunia Ketiga adalah mengkayakan kroni, saudara mara dan keluarga sendiri. Kita dengar macam-macam cerita tentang hal ini. Baik di Asia, Afrika atau di negara Amerika Latin, hal sama berlaku. Di... Klik di sini untuk terus membaca

SALAH satu perangai buruk pemimpin politik Dunia Ketiga adalah mengkayakan kroni, saudara mara dan keluarga sendiri.

Kita dengar macam-macam cerita tentang hal ini. Baik di Asia, Afrika atau di negara Amerika Latin, hal sama berlaku.

Di Malaysia, kita banyak dengar khabar tentang pemimpin buat begitu. Mula-mula khabar angin, tapi angin makin lama makin kencang.

Adakalanya khabar angin jadi khabar betul. Maklumlah apabila sudah ada kedudukan senanglah buat keputusan yang untungkan kroni, saudara mara dan keluarga sendiri.

Oleh sebab itu, Awang sokong siasatan ke atas mana-mana anak pemimpin yang khabarnya dapat kontrak besar semasa bapa atau ibu mereka berkuasa.

Bagus sangatlah tindakan kerajaan Tuk Seri PM nak putuskan rantaian kaitan keluarga yang buat duit oleh sebab ada penaung dan pelindung.

Terserah kepada SPRM buat siasatan. Kita mahu siasatan telus. Tak kiralah yang disiasat itu anak mantan PM sekali pun.

Lebih-lebih lagi rakyat nak tahu betulkah dakwaan anak-anak PM itu dapat kontrak ‘gemuk’ dan secara rundingan terus semasa ayah mereka berkuasa?

Cuma Awang nak ingatkan jangan sampai tindakan itu disebabkan nak membalas dendam.

Klik di sini untuk terus membaca